Monday, August 14, 2006

FFM KE 19 - Antara Detik & Ketika Dalam Sebuah Sandiwara



Segala teka-teki mengenai filem manakah yang akan dinobatkan oleh PFM & GAFIM sebagai filem terbaik telah terjawab pada 13 Ogos 2006 yang lalu. Ya… Yasmin Ahmad mengulangi kejayaan Sepet tahun lalu dengan mengungguli lagi kali ini dengan filem Gubra. Persoalannya apakah Muhsin dapat melakukan lagi bagi mencipta kejayaan hatrik buat Yasmin tahun hadapan? Biar masa menentukan segalanya, kita sebagai peminat Filem Malaysia cuma perlu tunggu dan lihat sahaja…

Pontianak Harum Sundal Malam 2 (PHSM 2) mendominasi pencalonan akhir dengan melekat pada 14 kategori, diikuti rapat oleh Bilut, Gubra & Castello. Setelah keputusan diumumkan, PHSM membawa pulang, 3 Anugerah iaitu Pengarah Terbaik, Penataan Seni Terbaik & Lagu Tema Asal Terbaik (Ku Seru – Misha Omar). Gubra pula, selain filem terbaik, Amani telah dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik (Yasmin) dan juga Poster Terbaik. Bilut cuma mampu meraih Anugerah Khas Juri dan Skor Muzik Asal Terbaik. The 3rd Generation, filem bahasa mandarin pula berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Harapan Wanita (Carmen Soo), Sinematografi Terbaik & Kostum/Busana Terbaik.

Bagi kategori popular yang dundi peminat melalui SMS, Filem Popular (Gol & Gincu), Pelakon Lelaki Popular (Adam AF2- Main Main Cinta), Pelakon wanita Popular (Eja - Bilut) & Lagu Tema Filem Popular (Hanya Untukmu – Pesona Non Grata yang dinyanyikan oleh Mawi !!!).


Persoalan Yang Berlegar-legar di Kepala Saya.

Filem Terbaik

Secara Peribadi saya melihat Gubra sebagai filem yang agak celaru dan mengelirukan. Ia perlu dihayati sepenuhnya kerana ada dua cerita dalam satu filem. Untuk menafsir Gubra – samada tajuknya sesuai dengan jalan ceritanya pun seperti agak sukar. Itu belum lagi untuk mencari titik pertemuan dua cerita (cerita Muazim/Pelacur & Cerita Orked/Suami) yang bertemu secara ‘simbolik’ dek hayunan buaian. Untuk memilih Bilut – saya belum menonton, meskipun dari ‘cakap-cakap’ akhbar sepeti sebuah drama berat ‘ala-ala dokumentari propaganda kerajaan’ yang juga perlu ditonton oleh rakyat Malaysia – apatah lagi ianya mengenai sejarah peneroka FELDA pertama di Bilut, Pahang.. Buli Balik, sebuah filem ringan sekuel daripada Buli. Menarik, segar dan baru. Pontianak Harum Sundal Malam 2 juga agak mengelirukan dan beberapa ketika is agak ‘over rated’ oleh sesetengah pengkritik filem. Bagi saya ia juga satu karya yang mengharu birukan, macam ada cerita di sebalik cerita. Jika dibandingkan dengan filem yang saya tonton sahaja maka, pilihan saya akan jatuh antara Gubra atau Baik Punya Cilok untuk muncul ‘jogho’.

Pelakon Wanita Terbaik

Berbekalkan sebagai pelakon Terbaik Filem Seram & Fantasi Estapona di Malaga, Sepanyol. (Side track sedikit, mungkinkah Malaga ini asal perkataannya Melaka?) tentunya Maya Karim tampil gagah untuk merebut tropi wayang kulit ini kali ini. Syarifah Amani pula, begitu cemerlang membawa watak Orked dalam Gubra. Beliau juga telah merangkul anugerah Pelakon Harapan Wanita bagi festival yang lalu. Sudah tentu pelakon pujaan saya, Erra Fazira yang menaruh harapan melalui Persona Non Grata. Bagi saya inlah lakonan terbaik Erra setakat ini. Kali ini beliau membawa watak gadis yang hilang ingatan lantas membawa diri ke kota Bangkok dengan berkesan sekali. Pertaruhan saya, antara Amani dan Erra. Dan Amani telah dinobatkan malam Isnin lalu.

Tentu ada yang akan bertanya apa komen saya terhadap apa yang telah dicakapkan oleh Amani ketika menerima anugerah? Bagi saya mudah sahaja – untuk mengatakan ‘I sound stupid if I speak Malay’ adalah tidak wajar. Jika ingin menggunakan bahasa Inggeris – cakap sahaja, tak payah sebut apa-apa. Memandangkan beliau berlakon di dalam Filem Melayu, adalah tidak ada sebab yang konkrit mengapa beliau perlu mengeluarkan ‘statement’ begitu. Mengenai ayat kedua pula, “if making film dikatakan mencemarkan budak lets do it more often”. Apa yang hendak diperjuangkan oleh Amani? Beliau bukan pembikin filem, beliau cuma berlakon. Sedangkan Yasminpun tidak ‘over melentin’ sebegitu. Saya harap Amani yang masih ‘hijau’ dalam industri perfileman mengambil ikhtibar dari insiden ini, belajarlah dari kesilapan.

Pelakon Lelaki Terbaik

Memang saya inginkan Rusdi Ramli memenangi ketegori ini bagi filem PHSM 2. Bagi saya, beliau begitu cemerlang dalam membawa watak beliau sebagai seorang lelaki yang dirasuk sehingga tidak mengenali dirinya. Hans juga cemerlang. Adlin menyambung watak lelaki yang trauma akibat dibuli sejak kecil memang hebat. Kecewa kerana Rusdi tidak memang, dalam masa yang sama – Adlin memang layak menang.

Post Party FFM 19

Terima kasih kepada rakan dari Astro yang memanjangkan jemputan kepada kami bertiga (Cute, Mus dan saya) melalui Cute setelah usaha untuk mendapatkan jemputan hampir gagal. Ini kerana Jemputan VIP yang saya dapat untuk kami bertiga memang tidak disertakan jemputan Post Party ini. Jemputan ini cuma diedarkan setelah program bermula.

Makanan memang sedap, ‘standard’ PWTClah… lagipun bukankah ini makanan percuma? Siapa yang saya berjumpa? Banyak juga yang sedap, the tariknya…. mee goreng… kek… kuih muih…

Hmm… sempat juga berbual dengan hero & heroin ‘The Red Kebaya’ bertanyakan perkembangan lanjut filem tersebut, menyakat Datuk Shah Reza – The Wedding Planner of the Year, bergambar dengan “Gadis-Gadis 3R’, Ya… Stephen Rahman, tentunya gambar saya bersama beliau bulan Februari lalu semasa PGLtM agar ‘tidak centre’… ahaks. Amani – juga nampak ‘tegang’, saya pasti sudah tentu wartawan telah mengasak beliau berkenaan ucapan beliau sebentar tadi. Zamarul… lelaki budiman yang bercerita sakan mengenai ‘badi’ yang beliau terima setelah memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik tahun lalu dan juga harapan beliau agar Hans Isaac menang tahun ini setelah sekian lama (dan Hans menangpun). Dan ramai lagi…. Cuma Mawi? Kenapa balik awal ni Mawi?

No comments: