Thursday, August 3, 2006

Marathon Seni (3) : Konsert Mega Merdeka 2006



Kemerdekaan adalah satu perkataan yang amat besar ertinya juga amat mulia maknanya. Secara mudah, merdeka bermaksud bebas; bebas dari dijajah. Jika dahulu, ia dikaitkan dengan penjajahan secara fizikal oleh penjajah. Jika merujuk kepada Malaysia, kita mula dijajah Portugis, kemudian Belanda, seterusnya Inggeris dan Jepun dan Inggeris kembali yang ahirnya memberi kemerdekaan kepada kita. Namum definisi kemerdekaan kini kian berubah kepada penjajahan minda dan pemikiran samada kita masih berkiblatkan kepada barat ataupun bebas mengikut acuan sendiri. Setidak-tidaknya negara perlu bebas dari dijajah oleh kuasa ekonomi gergasi.

Setiap kali bulan Ogos tiba, ia amat bermakna kepada kita. Sebagai warga negara yang menghirup udara merdeka, 31 Ogos adalah detik keramat kepada Negara Tercinta kita Malaysia. Inilah detik kita menyambut ulang tahun kemerdekaan kita. 31 Ogos 2006 ini adalah ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 49. Sempena dengan itu, RTM 1 (Saluran Inforia, lidah utama Kerajaan) telah mementaskan Konsert Mega Merdeka 2006 pada 2 Ogos 2006 di Auditorium Perdana, Angkasapuri selama lebih kurang 2 jam. Ini merupakan idea yang murni oleh RTM dalam usaha untuk memupuk rakyat menginsafi akan kemerdekaan yang kita perolehi di meja perundingan selain dari mengisi kemerdekaan seadanya.

Konsert ini biarpun berskala kecil tetapi telah dibanjiri oleh ‘mega star’ juga – Mawi antaranya yang menggalas tugas besar menutup konsert dengan dua lagu; Mentera Semerah Padi & Janji Kita (lagu baru), Dayang Nurfaizah juga ada, Liza Hanim, selain dari Deja Moss, Rohana Jalil, DJ Dave, Mas Idayu, Amir Sofaz, Bob AF2 dan Zahid AF2.

Persembahan di bahagikan kepada 9 segmen – antaranya Kemerdekaan, Keindahan Malaysia, Malaysia Tanah Airku & Kita Anak Malaysia. Persembahan juga di selitkan dengan Hebahan oleh Wan Hanafisu dan juga Sketsa oleh Wan Kanari, Hushairi Hussain & Mardiana Ismail.

Overture Kemerdekaan yang menampilkan tarian dan Orkestra RTM membuka tirai persembahan diikuti dengan lagu “Tanggal 31 Ogos’. Misha Omar menggalas tanggungjawab kemudiannya dengan mendendangkan lagu “Bahtera Merdeka” (nampak sangat Misha tengah kontrol kaki kudanya itu daripada naik tinggi…). Liza Hanim tidak mengecewakan bila menyampaikan lagu puisi “Tanah Air” - antara lagu patriotik yang aku minati, meskipun kurang mendayu jika dibandingkan dengan Harmoni tetapi penyampaian Liza lebih tegas dan yakin. Persembahan selepasnya agak biasa sahaja sehinggalah Kak Ana dan Mas Idayu muncul dengan lagu merdu “Dirgahayu Tanah Airku”, aku juga suka lagu ini, sepatutnya Kak Ana berduet dengan Norsheila Amin yang sama-sama memenangi dengan beliau di dalam Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik Peringkat kebangsaan pada tahun 1989 dahulu. Trio Bob AF2, Amir Sofaz & Izwan Pilus juga hebat menyampaikan lagu “Berpindah Minda”. Persembahan paling vogue, jatuh kepada Zahid yang mendendangkan lagu “Kolar Biru” yang ada tarian & lakonan. Dan masa yang ditunggupun tiba, Mawi muncul dengan dua buah lagi. Sebenarnya telah 3 bulan aku tidak berjumpa Mawi atau mendengar beliau menyampaikan lagu secara ‘live’, nampaknya aura Mawi dan kemerduan suara beliau masih utuh dan teguh; sehinggakan lagu Janji Kita yang pertama kali aku dengarpun terasa ‘catchy’nya. Memang berbaloi menunggu Mawi meskipun jam telah menghampiri pukul 11.00 malam. Akhir sekali semua artis mendendangkan lagu “Saya Anak Malaysia” sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Coretan

“Hasad dengki dan tamak haloba memaksa Melaka rebah di kaki Portugis dalam tahun 1511”. Sejak itu bermulalah episod luka kita, dimana lebih daripada 400 tahun selepas itu barulah kita berjaya bernafas dengan udara merdeka semula.

“Perang dah berlalu, kini orang kita hidup dengan kepentingan sendiri”. Inikah yang dikatakan Bangsa Merdeka? Tepuk dada, tanya selera. Tepuk dahi, tanyalah diri sendiri.

“Kita perlu belayar dengan satu nakhoda sahaja dalam bahtera merdeka yang menuju pulau impian”. Jika ada dua nakhoda – kita tahu akan musibah yang bakal melanda.

“Sekarang orang putih tidak ada lagi menjajah persada tercinta ini, tetapi ramai orang melayu yang telah menjadi orang putih”. Jadi bagaimana? Apa peranan kita? Sejauh mana benarnya ungkapan ini?

“Cuti Hari Kemerdekaan adalah wadah mulia untuk kita mengingati akan negara kita pernah dijajah suat ketika dahulu, menginsafi akan pengorbanan pejuang kemerdekaan dan memupuk rasa cinta yang mendalam kepada negara”. Sudah tentu jangan digunakan cuti hari kemerdekaan untuk menonton Konsert Ambang Merdeka dambil melihat Percikan bunga api sahaja.

Mawi... sudah 3 bulan lebih aku tidak berjumpa Mawi, kali terakhir semasa Mawi bermain futsal & sepak takraw di Stadium Malawati - 1 Mei 2006, karnival apa ntah akupun dah lupa. Bila Mawi jadi tamu AC Disini,baru-baru ini; aku pula berada di Bangkok menjalankan tugas, 'frust' juga tidak dapat turut serta. Masih ingat lagi juga dia akan kami... ahaks. Siapa yang kata Mawi lupa diri tuu, aku memang tak berkenan. Bagi aku Mawi masih seperti dahulu yang 'down to earth' dan 'sempoi'. Aku berdua saja dengan blogger glamer yang datang menonton, nasib baik Auditorium Perdana itu tidak asing bagi kami, jadi tahulah selok-belok nak mencari Mawi setelah selesai program.... Mawi datang dengan kereta baru.... Kia Optima ABP 2005 yang lalu... ahaks.

Chobib... selalu jumpa di AC Disini, tidak pula aku ingin bergambar... tapi bila smart dengan 'bow' ni... kira bonuslah, bukan selalu Chobib nak pakai macam ni.... Hidup Chobib !!!

Kak Ana.... Juara Bintang RTM 1980. "Rayuanku", "Resahku" , "Kerana Dia Kita Terpisah" dan yang aku paling suka lagu duet Kak Ana dengan To'Ki "Naluri Cinta". Kami pernah guna lagu ini sebagai latar kepada persembahan "Warkah Kosovo". Memang 'touching' betul. Kak Ana ada butik di Summit USJ, nanti nak kena hantar CD kesana untuk ditandatangani pula...


Deja Moss... siap panggil aku Darling lagi... ahaks !!!

DJ Dave.... siap nak tengok gambar dia bersama dengan jambang tuu.... Kali terakhir aku jumpa Dave masa muzik@ria 24 April 2006 bersama Kak Uji, Abg Hail & Kathy. Masa itu belum ada jambang lagi.... Dave dendangkan lagu "Di Desa Kasihku Tertumpah". Rasa macam nak balik kampung sahaja... Ayah Bonda... insyaAllah sampailah anakanda hujung bulan ini...

1 comment:

dateceth said...

cliquez pour en savoir plus Source vérifiez-le dolabuy louis vuitton lien Web dolabuy.co