Saturday, February 6, 2010

Jelajah Persada Episod 2 : Tekam




Kami tiba di Tekam FELDA Residence lebih kurang jam 9.15 malam setelah puas mencari restoran untuk singgah makan malam usai melepasi Bandar Jerantut. Namun asyik terlepas pandang sahaja. Aleh-aleh kami sudah sampai di Pintu Masuk Tekam. Kami disambut dengan pohon palma yang melambai-lambai dipuput angin malam. Meneruskan perjalanan sehingga kami sampai di bangunan utama Tekam FELDA Residence untuk mendaftar. Nasib baik kami diberitahu oleh petugas yang bertugas, bahawa memang ada gerai 'Terrace Garden' yang di buka untuk kami makan malam ala-ala FELDA. Usai proses pendaftaran bilik kami bergegas ke sana mengikut papan tanda di bahu jalan. Alhamdulillah berjumpa juga kami. Kami semua memesan Nasi Goreng (untuk lebih memudahkan barangkali). Makanpun dengan jangka masa yang agak laju kerana memang semua sudah kelaparan dan waktupun kian menginjak larut malam. Selesai membayar kami kamipun terus masuk ke dalam Chalet yang telah ditempah sebelah menyebelah. Memang keindahan Tekam sukar untuk dirakam pada waktu malam. masing-masing berjanji akan meneruskan merakam keindahan Tekam keesokkannya.

Semalaman di dalam chalet saya sempat menulis nota akan apa yang telah terjadi sepanjang perjalanan tadi sebagai rujukan untuk menulis blog kemudiannya dan juga sempat memuat-naik semua gambar yang telah di ambil sepanjang tempoh jelajahan.

Saya dan Lisa tertidur kira-kira jam 12.00 tengah malam. Keesokkannya tentunya jelajah akan lebih menarik.

No comments: