Kami meninggalkan Rompin lebih kurang jam 10.00 pagi. Usai mengambil gambar terakhir di Papan Tanda Summerset Resort Rompin kereta meluncur laju bersama kenangan meninggalkan Rompin. Cuaca begitu memahami, tidak panas dan tidak pula hujan. Destinasi seterusnya adalah pilihan Mas.Tidak lain dan tidak bukan ialah Bandar Diraja Pahang, Pekan. Tetapi sebelum itu kami sempat menikmati suasana jalan persisir pantai dengan sekali sekala menoleh ke kiri untu melihat hamparan ombak Laut Cina Selatan. sedar-sedar sahaja kami sampai ke Nenasi yang merupakan salah satu kawasan pengeluar nenas di Negeri Pahang. Apa lgi, kami mengambil kesempatan untuk berhenti dan merasa nenas segar yang dikupas khas oleh kakak yang menjual. Murah, manis dan sedap. Itu yang penting. Tiada tawar menawar berlaku, lantas selepas itu kamipun meneruskan perjalanan sambil menjamah nenas yang sebenarnya cuma dapat dihabiskan dsebelah petangnya.
Pekan, Pahang adalah sebuah bandar yang begitu terkenal. Selain daripada Bandar DiRaja Pahang, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein juga berasal dari bandar ini. Mungkin ada yang tidak percaya jika saya katakan yang bandar ini mendapat namanya daripada sejenis bunga yang dinamakan Bunga Pekan. Bagaimana bentuk bunga ini juga tidak pernah saya ketahui. Antara lokasi menarik di sini ialah Masjid Abdullah (yang dibina sejak tahun 1920an lagi), Masjid Abu Bakar dan juga Muzium Sultan Abu Bakar (malangnya dalam proses membaikpulih - maka dengan itu kami cuma dapat melihat dari luar). Kami sempat 'ronda-ronda' tiga pusingan sebelum meninggalkan Pusat bandar Pekan. Di waktu tersebut juga ada Karnival IT di sini, dengar cerita di sebelah petang/malam Iqwal ada membuat persembahan malangnya saya tidak dapat untuk menunggu dan menonton.
Dalam pada itu, saya mencari Murtabak Mengkasar yang amat terkenal dan enak itu malangnya gerai yang menjual murtabak tersebut di tutup pada hari singgahan kami (31 Januari 2010). Penduduk Kampong Mengkasar, lebih kurang 2 kilometer dari pusat bandar Pekan, dikatakan adalah dari susur galur keturunan Tok Tuan Makassar, Sulawesi, Indonesia. Maka, Perdana Menteri Malaysia sekarang Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga berasal dari keturunan ini.
Kami meninggalkan pusat bandar untuk menuju ke Kawasan Istana. Sempat juga kami bergambar di Istana, kawasan sekitaran, Kelab Polo DiRaja Pahang & Kuliah Sultan Abu Bakar (Kolej Islam). Sedangkan Mas sibuk mengambil gambar bangunan dan rumah lama di sekeliling kawasan ini. Sebagai pengkritik hasil seni, Mas tentu mempunyai banyak alasan untuk mengumpul bangunan yang memiliki seribu keindahan seni untuk diperbincangkan nanti.
Seterusnya kami meluncur ke Kampung Pulau Keladi, tempat kelahiran Seniwati Sarimah. Hampir tersesat juga meskipun kami melalui jalan yang betul kerana Papan Tanda agak terhad. Kami cuma singgah di Pusat Tenunan Songket Pahang sahaja sambil menikmati keindahan dan keaslian hasil tenunan ini. nasib baik ketika itu poket saya memang benar-benar kosong jika tidak sudah tentu raya tahun ini akan bergaya dengan Sampin Tenunan Pahang !!!
Puas dengan singgahan-singgahan di Pekan; kamipun meneruskan perjalanan ke utara Pahang, menuju Kuantan. Cadangan asal ialah untuk ke Sungai Lembing yang terkenal dengan tinggalan lombong emas. Namun papan tanda Tasik Chini yang menunjukkan jarak lebih kurang 60 kilometer sahaja membuatkan kami mengubah haluan serta merta tanpa berfikir panjang !!! "Tasik Chini !!! Kami datang Kepadamu..."
No comments:
Post a Comment