Monday, February 1, 2010

Jelajah Persada Episod 2 : Bukit Fraser






Perjalanan diteruskan dengan lebih kepada mencari masjid untuk saya bersolat jumaat. Sepanjang perjalanan dari Kuala Kubu Bharu menuju Bukit Fraser memang tiada kelihatan potensi untuk adanya sebuah masjid. Namun begitu apabila kami tiba di kaki Bukit Fraser yang berkebetulan adalah waktu untuk naik ke atas iaitu dari jam 1.00 - 1.40 petang. Waktu lebih kurang jam 1.15 petang dan perjalanan ke atas akan mengambil masa kira-kira 20 minit. Masuk waktu Solat Jumaat pula kira-kira jam 1.30 petang. Memandangkan Mas begitu yakin yang ada sebuah masjid di atas Bukit Fraser. maka kami menagmbil keputusan untuk naik sahaja meskipun tidak ada dalam jadual asal untuk singgah di sini. Keputusan yang tepat; alhamdulillah saya sampai di hadapan masjid Bukit Fraser kira-kira jam 1.45 petang, sedang elok imam akan memulakan Khutbah Jumaat. Sementara itu, Lisa & Mas meneruskan perjalanan untuk meninjau Bungalow Rompin yang besar dan cantik itu sementara menunggu saya selesai solat. (Untuk rekod air paip di Masjid Bukit Fraser begitu dingin sekali. Rasanya seperti mengambil wuduk dengan menggunakan air ais).

Usai Solat Jumaat, Lisa dan Mas mengambil saya untuk berjalan-jalan sekitar Pusat Bandar Bukit Fraser. Seperti biasa semua pelancong yang datang ke sini akan mengambil gambar di hadapan Menara Jam Bukit Fraser maka tentulah kami juga tidak terkecuali. Sambil mengambil gambar dan meninjau persekitaran kami sempat memasuki kedai cenderamata. Saya mendapatkan sehelai t-shirt Bukit Fraser, Lisa membeli 'fridge magnet', sementara Mas pula membeli sepasang topi baru. Setelah semua berpuas hati maka kami meneruskan perjalanan dengan kereta untuk 'pusing-pusing' Bukit Fraser. Ingatkan kami cuma meluncur perlahanan sahaja sehinggalah kami bertemu dengan...

Ye Olde Smoke House... yang bukan sahaja bangunanan kolonialnya dijaga rapi, tamannya yang indah bercirikan Inggeris tetapi menghidangkan devonshire tea yang terlalu enak (paling enak yang pernah saya rasa). (untuk rekod yang dinamakan devonshire tea ialah apabila scone dihidang bersama jem rasberri, butter, cream dan secawan teh). Kekecewaan dengan scone di Sg Palas tempoh hari terubat dengan keenakan scone di sini. Alhamdulillah.

Kereta kami mula meluncur untuk meninggalkan Bukit fraser kira-kira jam 4.15 petang setelah puas meronda dengan kereta 'pusing bukit'. Dengan laluan turun yang telah mula lengang maka kami boleh mengambil kesempatan membawa kereta dengan perlahan sahaja untuk terus merakam keindahan melalui lensa kamera. Yang pasti, kami bertiga bertekad untuk kembali lagi ke Bukit Fraser dalam singgahan yang lain dan pastinya ketika itu tentunya akan bermalam di sini. (Untuk rekod, kali terakhir saya sampai ke Bukit Fraser ialah pada tahun 1993 bersama rakan sekolej).

Memang benar kata orang, kadang-kadang keputusan yang di buat di saat akhir juga boleh membuahkan hasil yang amat membanggakan. Ini adalah salah satu daripadanya... Terima Kasih Bukit Fraser yang menerima kunjungan singkat kami dengan hati terbuka...

No comments: