Semasa di dalam proses perbincangan, saya telah mencadangkan kepada Mas untuk memilih Tasik Bera berbanding Tasik Chini. Sebenarnya saya tidak mempunyai matlamat khusus, cuma lebih tertarik kerana Tasik Bera adalah Tasik Air Tawar Semulajadi terbesar di Malaysia. Itu sahaja, sebenarnya. Lagipun, jika nak di kira, lebih ramai orang pernah ke Tasik Chini berbanding Tasik Bera. Bukankah begitu?
Sekali lagi saya ulangi, Tasik Bera adalah Tasik Air Tawar Semulajadi terbesar di Malaysia. Masyarakat Kaum Orang Asli Semelai masih lagi menghuni di sekeliling tasik ini. Maka dengan itu kami dapat melawat sebuah perkampungan kecil Kaum ini yang cuma terdiri daripada 5 buah rumah termasuk sebuah rumah ketua kampung yang agak moden. Tidak banyak yang dapat kami pelajari cuma seorang anak kecil yang berkata 'nasib baik gambar kami tidak di ambil'. Namun begitu saya agak teruja dengan teknologi telaga/perigi moden yang lebih mirip kepada sebuah pili air sebenarnya. Tenaga manusia diperlukan untuk menekan pemegang bagi mengeluarkan air dari paip. Dan air yang keluar sungguh bersih dan segar seperti air mineral yang dibeli di kedai !!! Ya... di kampung saya yang kini telah maju semuanya menggunakan air paip. Jadi ini merupakan penmgalaman baru bagi saya. Tasik Bera bukan sahaja menjadi nadi kepada tumbuhan dan haiwan sekitar tetapi juga kehidupan masyarakat org asli ini, itu sudah pasti. Niat untuk mendapatkan hasil kraf tangan masyarakat Semelai juga terpaksa dipendam begitu sahaja kerana tidak ketemu dengan apa yang diimpi. Selain daripada itu tasik ini juga memainkan peranan penting dalam mengawal banjir, pergerakan air dan tanda arasnya dan juga membekalkan sumber-sumber asli kepada komuniti setempat. Maka dengan itu, tasik ini telah diwartakan di bawalah kawalan Perjanjian Antarabangsa KONVENSYEN RAMSAR pada bulan November 1994. Untuk itu, Kerajaan Negeri Pahang telah mengambil inisiatif dengan memajukan Pembangunan Eko-Pelancongan termasuk memajukan pusat kajian di bawah seliaan UKM yang juga mengambilkira pembangunan masyarakat setempat, flora dan fauna.
Tasik Bera menjadi 'rumah' kepada 328 spesis tumbuhan (spesis pandanus helicopus menguasai hampir semua arus yang kami susuri) (saya agak kecewa kerana tidak dapat melihat pelbagai spesis pokok periuk kera sepanjang perjalanan) , 200 spesis burung, 50 spesis mamalia dan lebih 95 spesis ikan (maka kami juga tidak dibenarkan untuk menadah tangan di dalam air kerana dikhuatiri akan digigit oleh ikan-ikan di dalam tasik). Namun dengan lawatan kami sekitar 2 jam ini memang sukar untuk melihat, memantau, menjengah dan merasai semua spesis yang disebut tadi. Kami mungkin cuma menyususri 1/5 daripada keluasan sebenar tasik ini; mana mungkin dapat melihat harimau, tapir, gajah dan lain-lain spesis hampir pupus.
Tasik Bera meliputi parameter 35 km X 20 km dengan keluasan 6150 hektar semuanya. Dalam hati berkata, kenapa ia nampak kecil sahaja? Sebuah tasik yang amat cangkat iaitu dengan kedalaman antara 2 and 5 meter (jika tidak bahaya tentu sahaja boleh berenang bebas), jadi boleh juga tasik ini di kategorikan sebagai paya @ 'wetland'.
Yang pasti, tiada bunga teratai di sini (kekecewaan kedua melanda). Cuma ada sebuah resort, sebuah restoran dan sebuah jeti sahaja. Pemandangan dari restoran ke tasik juga tidak begitu indah. Tapi yang pasti, amat mudah untuk sampai ke sini kerana boleh dihubungi dengan jalan raya yang agak baik.
Kalau sukakan kepanasan cuaca tropika datanglah di antara bulan Februari - April. Eh.... Kami yang sampai akhir bukan Januari 2010 pun sudah merasakan kepanasan membahang dan air agak kurang di dalam tasik. Kami meninggalkan Tasik Bera dalam keadaan separa puas lebih kurang jam 5 petang. Destinasi seterusnya ialah Kuaal Rompin. Perjalanan tanpa GPS dan papan tanda yang agak terhad. Yang pasti kami perlu melepasi Bandar Muadzam Shah dahulu.

No comments:
Post a Comment