Saturday, December 27, 2008

Wadsyaname The Video - Nelly & Coretan Sebelum Melangkah


Single Wadsyaname ini dikeluarkan tahun lalu. Tetapi is telah di jadikan sebagai Bonus Track di dalam album terbaru Nelly - Brass Knuckles (Album ini agak Hard Core Rap nya). Saya memang suka lagu ini, anda juga mungkin begitu.

Sebenarnya saya cuma ingin menghabiskan masa sebelum saya, Lisa, Azwan & Galzean bertolak ke Felda Taib Andak sebentar lagi. Kami berjanji akan berjumpa dengan rakan-rakan lain lebih kurang jam 10.00 pagi di R&R Seremban, Arah Selatan. Program kami akan mengambil masa 2 Hari 1 Malam. Apa kaitan lagu di atas dengan aktiviti ini? Mudah sahaja... kami mungkin akan bertemu dengan rakan-rakan baru, selain memberi salam.. kenalah tanya nama kan? What Is Your Name @ Wadsyaname ?

Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali. Insya allah saya akan mengupdate blog dengan photo-photo menarik, doakan saja yaaa..

No comments: