Sunday, December 21, 2008

Imsomnia The Video - Craig David

Saya dan Lisa baru pulang dari Modesto's - Sri Hartamas. Ya... memang orang kata Sri Hartamas tempat lepak orang kaya tetapi saya sebenarnya mendapat jemputan "Jamuan Pra-Hari Natal" yang di anjurkan oleh seorang Consultant di mana saya bekerja. Sebut pasal Modesto's... sebenarnya saya memang tidak pernah menjama selera di mana-mana Modesto's sebelum ini. And my take away ialah.. Karikatur kami berdua !!!


Sementara menunggu basuhan saya pun melayari internet. Apa lagi YouTube lah jawabnya. Sesuai dengan situasi sekarang yang tidak boleh tidur lagi, ada satu single terbaru dari Craig David yang baru diterbitkan pada 17 November yang lalu. Saya kurang pasti samada kita masih ingat dengan Craigy (panggilan manja beliau) yang dulu pernah popular dengan lagu Fill Me In, Walking Away, 7 Days, Rewind & Rise and Fall (menampilkan Sting). Setelah 4 album dilahirkan maka lewat tahun ini Craig David melahirkan kompilasi Greatest Hits beliau yang mengandungi single terbarunya iaitu " Imsomnia" - "I'll Stay Up Til You're Next To Me.. Like Imsonia Ah aa aa". Percaya atau tidak jualan kesemua album Craigy telah mencapai 13 juta unit.

Lagu ini? Saya kira ada inluence daripada lagu Closer - Neyo mahupun Forever - Chris Brown. Tak percaya... cuba ulang dengar berkali-kali. Video Klip? Boleh tahan juga...

No comments: