Monday, October 13, 2008

Thank ABBA For The Music...




Ramai yang dibuai nostalgia apabila menonton Mama Mia ! – The Movie. Tidak kurang juga yang kaki mereka bergerak-gerak mengikut rentak irama lagu dan menyanyi-nyanyi kecil mengikut runut bunyi filem ini. Saya berkesempatan untuk menonton filem ini Hari Khamis yang lalu.

Filem Muzikal yang berdasarkan kepada lagu-lagu popular Kumpulan ABBA ini diterajui oleh pemenang Anugerah Academy Meryl Streep, ‘Remington Steel’ Pierce Brosnan dan Colin Firth ini ternyata berjaya memecah panggung dengan kehadiran peminat ABBA yang masih utuh menyokong dan mendengar lagu-lagu Kumpulan ini.

Bagi saya Mamma Mia ! The Movie adalah sebuah ‘fun movie’ yang penuh dengan lagu-lagu nostalgik ABBA dan tarian-tarian mengiringi lagu-lagu tersebut. Saya tidak menyangka filem ini akan menjadi semenarik ini – dalam erti kata lain; ‘it is beyond my expectation !!!’ Jika bukan kerana bahasanya, pastinya kita seakan menonton sebuah filem Hindustan. Saya yang juga di besarkan dengan album 'The best of ABBA' juga terpaut untuk menyanyi bersama setiap kali para pelakon berlagu dan menari. Siapa yang mungkin dapat lupakan lagu-lagu malar segar seperti 'Dancing Queen', 'The Winner Takes It All', 'Does Your Mother Know', 'Waterloo', 'I Have A Dream', 'Knowing Me, Knowing You', 'Chiquitita', 'Thank You For The Music' & 'Fernando'. Ini juga membuktikan kepada saya bahawa yang paling indah dan menarik mengenai filem ini bukanlah intipati ceritanya, pengajaran yang boleh diperolehi, skripnya ataupun pelakonnya yang hebat tetapi dua perkara yang mengatasi segala-galanya ialah lagu-lagu ABBA dan sinematografinya yang mengeksploitasi keindahan kepulauan Greek ini. Terasa seperti ingin ‘grab my bag and fly to Greece’ sahaja. (Tambahan – jika saya berkelayakan sudah tentu saya akan mencalonkan lagi sekali Anugerah Academy Pelakon Wanita Terbaik kepada Meryl Streep bagi lakonan mantap beliau untuk muzikal ini). Meskipun nyanyian ramai pelakon ada sedikit sumbang-mambang sana sini (Pierce Brosnan terutamanya) namun ia tidak mencacatkan sedikitpun keindahan filem ini..

Filem ini adalah adaptasi daripada muzikal pentas dari West End, London dengan tajuk yang sama. Ceritanya adalah mengenai Sophie (Amanda Seyfried) gadis berusia 20 tahun yang akan melangsungkan perkahwinan dengan pemuda pilihannya Sky (Dominic Cooper). Sophie dibesarkan oleh seorang ibu tunggal Donna (Meryl Streep) yang mengendalikan operasi sebuah inapan di sebuah pulau di Greece. Sophie sebenarnya tidak pernah tahu siapakah ayah sebenar beliau. Meskipun begitu, satu hari beliau telah terjumpa dengan diari lama ibunya yang menceritakan tentang 3 kemungkinan siapakah ayah beliau yang sebenar. Adakah seorang arkitek bernama Sam (Pierce Brosnan), Harry (Colin Firth) seorang pegawai bank ataupun seorang penulis bernama Bill lakonan Stellan Skarsgard. Lantas itu Sophie telah menjemput ketiga-tiga mereka untuk menghadiri majlis perkahwinannya tanpa pengetahuan ibunya. Sudah tentu mereka menerima jemputan ini. Dan di sinilah ceita ini bermula…

For old times sake… datanglah memenuhi panggung wayang sementara tayangannya masih berputar. Jika malas, apa kata tunggu sahaja Muzikal Mamma Mia ! yang akan di pentaskan di Istana Budaya dari 17 Disember 2008 – 1 Januari 2009 depan. Saya? Sudah tentu akan kumpul duit dari sekarang untuk membeli tiket muzikal teater ini. Mamma Mia ! & IB… tunggulah kehadiranku !!! InsyaAllah...

No comments: