Sunday, October 19, 2008

Hadiah Dari Seberang

Novel Hebat dari Indonesia - Laskar Pelangi. Hadiah dari Bung Joko buat saya. Novel tentang zaman kanak-kanak. Mengimbau nostalgia 11 orang anak melayu di Belitung yang menggelarkan diri mereka Laskar Pelangi yang amat luar biasa mengharungi hidup. Siapapun akan berbekas hatinya jika membaca novel ini dan merasa berdosa jika tidak mensyukuri atas apa nikmat tuhan yang telah kita perolehi.


VCD - LOVE, yang dihadiahkan oleh Daniel. Ada lima Kisah di Kota Jakarta yang mana tiada apapun yang sempurna kecuali cinta. Sebuah Filem daripada Pengarah India yang berpengkalan di Malaysia, Kabir Bhatia dengan lakon laya oleh isteri beliau Mira Mustafa (rakyat Malaysia). Cinta yang pernah dinobatkan sebagai filem terbaik Festival Filem Malaysia satu ketiga dahulu telah dikemaskinikan untuk versi Indonesia ini. Saya amat tertarik dengan watak Rama & Iin lakonan Fauzi Baadilla & Acha Septriasa yang di bawa dengan lebih kemas dan berkesan jika diandingkan dengan Pierre Andre & Amani dalam cinta. Ada cerita baru dalam Love ini iaitu antara Restu dan Dinda; cinta pandang pertama yang sebentar cuma. Meskipun di pisahkan dengan kematian, cinta mereka tetap teguh.

Nota Jase : 15hb Oktober 2008 merupakan hari terakhir saya berkhidmat di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Kerana pada 16 hb Oktober 2008 saya telah melangkah untuk bertugas di Bangi. Dengan cabaran baru yang terpikul di bahu, insyaAllah akan saya hadapi dengan semangat membara. Kebetulan pula pada 15hb yang lalu ramai 'logistics partner' saya dari Indonesia, China, India, Thailand & Cambodia turun ke Kuala Lumpur & Bukit Tinggi untuk menghadiri "Away Day" yang dianjurkan. Alhamdulillah sempat juga saya berjumpa, bertanya khabar & mengucapkan selamat tinggal dengan rakan-rakan yang banyak membantu memudahkan tugas saya sebelum ini. Dalam suasana penuh nostalgia itu, Ada dua hadiah istimewa yang saya terima yang amat bermakna. Dua-duanya dari tanah seberang. Bung Joko memberikan saya novel paling berpengaruh di Indonesia - 'Laskar Pelangi' hasil karya Andrea Hirata. Yang juga telah difilemkan di Indonesia. Meskipun saya telah membaca novel ini dalam versi Bahasa Malaysia, namun Bung Joko masih 'memaksa' saya untuk membaca versi Bahasa Indonesia. Katanya mudah aja untuk difahami dan lebih terkesan dengan bahasa asalnya. InsyaAllah akan saya 'khatam' novel ini dalam masa terdekat. Sebenarnya sekurang-kurangnya ada 3 novel yang sedang menunggu 'q' untuk di baca !!! MasyaAllah. Hadiah kedua saya terima dari Sahabat saya yang bersama-sama naik 'belon udara panas' tempoh hari, Daniel. Daniel menghadiahkan saya VCD - LOVE lakonan 'one of my favourite actor' - Fauzi Baadilla. Ya... meskipun saya telah menonton filem ini di bioskop. Saya pasti akan re-run lagi cerita ini sebab ceritanya BEST Banget !!! Ya, kisah ini memang tidak jemu-jemu di tonton.

Untuk sahabat yang mengingati, terima kasih banyak-banyak. InsyaAllah kita akan ketemu lagi di lain 'lembaran' - sebagai sahabat dan bukannya sekadar rakan sekerja. Masih teringat lagi saya semasa mengutus e-mel mengatakan tempoh peralihan tugas saya 1 bulan yang lalu. Ramai antara 'logiostics partner' saya di luar negara yang seakan tidak percaya. Maka 'penatlah' saya melayan long distance calls yang panjang berjela-jela... Ya... lah saya sudah lebih lima tahun menjalankan tugas yang sama. Sedangkan rakan di 'sana' telah silih berganti. Yang pasti, semua antara kita pasti akan berhijrah juga suatu hari nanti. Dan saya telah memulakan hijrah saya, insyaAllah.

2 comments:

Wanpetunjuk said...

salam bro...nak...nak...nak...tengok dan nak memilikinya....susah tuh nak carik kat Miri....heheheh

JaseMario said...

Salam... Hidayat. Apa yang Hidayat nak tuu? VCD Love ker? Kalau betul2 nak... bagi laa complete address kat bro. Send info tuu kat mail bro yer... jasemario@gmail.com ataupun jase_mario@yahoo.com