Sunday, October 19, 2008

My New Gadget


Alhamdulillah.... seminggu sebelum puasa tamat, saya berjaya menjual kamera digital saya yang lama (jenama Canon). Lama? Baru setahun usianya, tidaklah lama sangat sebenarnya. Maka rasa bersalah saya kerana 'membazir wang' dengan membeli kamera baru tanpa menjual kamera lama telah berjaya saya padamkan. Terima Kasih kepada 'Che Kam' yang telah bersetuju untuk membeli dengan harga yang saya tawarkan. Tanpa banyak soal pulak tu...


Kamera digital terbaru saya ini sebenarkan telah saya beli awal bulan September yang lalu. Lebih tepat lagi pada 6 hb September 2008 di MATTA Fair, PWTC. Telah lama mencari kamera digital 'kompak' yang mempunyai 'optical zoom' melebihi daripada 6X maka akhirnya bertemu dengan kamera digital Panasonic LUMIX TZ15 ini dengan 'optical zoom' sebanyak 10X.


Berbekalkan dengan teknologi IA (Intellegent Auto) iaitu dengan intellegent scene detection, intellegent exposure (light detection), intellegent ISO control, face detection dan shake detection maka pembelian saya kali ini memang berbaloi. Model ini juga mempunyai digital red eye correction bila flash digunakan. Lensnya pula ialah Leica DC Lens dengan 28mm wide-angle. 9.1 Mega pixels dan 3.0" skrin LCD. Apa yang menarik kamera ini adalah kamera import dari Jepun (bukan buata China, ok). Ada empat pilihan warna iaitu hitam, biru, 'brown' dan 'silver'. Sudah tentu warna perak menjadi pilihan saya.


Kata orang dah ada kamera baru... mesti lagi banyak gambar ya !!!

No comments: