Thursday, October 2, 2008

Lagu Raya Pilihan Saya...

Saya ingat nak 'update' apa yang berlaku semalam. Tapi.... hmmm memandangkan suasana Lebaran masih membahang. Lagu-lagu raya masih hangat di mainkan di radio. Ingin pula saya berkongsi tentang lagu-lagu raya pilihan saya. Saya sebenarnya baru pulang dari Kuala Selangor. Sekarang ni saya berada di rumah. Selepas Subuh esok rancangannya ingin pulang ke Kedah. Begitulah plannya... Doakan saya agar semuanya lancar, insyaAllah.
10. Selamat Hari Raya (Indera Syahril) - Lagu ini memang klasik gila. Tidak pula saya ketahui bila ianya dirakamkan. Rasanya kalau nak dapatkan nyanyian asal Indera Syahril mungkin tidak lagi diterbitkan dalam bentuk CD. Tetapi apabila Kumpulan Ae-man menyanyikan semula lagu ini dalam CD Lambaian Syawal terbitan Hijjaz Rekods, terlerai rindu saya akan lagu ini. Inilah satu-satunya lagu raya yang menjunjung integrasi nasional dalam masyarakat majmuk Malaysia. "Emak sibuk memasak, Ketupat dan rendang dan sayur lemak, Wajik dan kuih lapis roti renjis, Ah Chong, Mamat dan Johnny, Mutusamy, Sama-samalah makan hidangan kami..."
09. Seloka Hari Raya (Uji Rashid & Hail Amir) - Antara Lagu 'Gembira' Hari Raya yang saya suka. Lagi satu Lagu Raya Raya Klasik. Sejak dari kecil saya dihidangkan dengan lagu raya ini. rasa macam tak sah pula kalau tak 'spin'kan lagu ini bila tiba raya... Kalau nak buat persembahan teruna-dara, memang sesuai...
08. Selamat Hari Raya (Ahmad Jais) - Ini juga lagu Klasik. Lirik yang mudah dengan nada gembira.... "Selamat Hari Raya, Aidil Fitri Mulia, Ampun Maaf DiPinta, Mensuci Hening Dosa..."
07. Selamat Hari Raya (Saloma) - Wow... Siapa yang tak suka akan lagu nyanyian Saloma ini? Ini boleh dikatakan macam lagu wajib kan. Tiada apa yang mampu diperkatakan lagi... "Setahun Hanya Sekali, Merayakan Hari Yang Mulia Ini..."
06. Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda (Mamat) - Jika diperantauan... Inilah Rayuan yang mampu saya laungkan untuk ayahbonda... "...Duhai Bonda, Duhai Ayahanda... Dengarlah Rayuan Anakanda... Yang Jauh Di Mata...". Mawi juga ada merakamkan lagu ini denagn versi beliau sendiri. Dua-dua versi pun best, tapi yang versi Mamat ini lebih klasik, kan.
05. Lebaran Ini (Raihan, NowSeeHeart, Rem & Ajai) - Lagu Nasyid raya ini versi baru sebenarnya. Versi asal di nyanyikan oleh Kumpulan The Zikr (yang vokalis utamanya juga Nazrey Johanni). Dengan adunan harmoni NowSeeHeart, dan suara gemersik Rem dan penghayatan Ajai... lagu ini tiba-tiba jadi lebih merdu. "Ikhlaskan hati mohon kemaafan, Lerailah dosa di tapak tangan, Lupakan segala silap dan salah". Itulah indahnya Lebaran nan fitrah...
04. Ayah... Aku Rindu Padamu (Mawi) - Lagu Ini amat peribadi bagi Mawi. Ianya tiada kaitan dengan saya, Alhamdulillah ayah saya masih hidup dan sihat. Jika mendapat 'air play' yang sewajarnya, lagu ini bakal menjadi lagu malar segar untuk setiap kali hari raya. Mawi bakal menyanyikan lagu ini dalam rancangan Dia... Mawi (RTM 1, 4 Oktober 2008, 4 petang). jangan lupa tonton ya...
03. Satu Hari Di Hari Raya (M. Nasir) - Lagu ini lagi hebat. Lagu yang indah. Lirik yang mendalam. Catchy giler. Kalau first time dengar pun pasti akan terpesona. Antara karya-karya 'masterpiece' M Nasirlah lagaknya.
02. Pulanglah (Aishah) - Lagu ini Kak Aishah rakamkannya di zaman kemuncak beliau. Saya ingatlagi ketika itu saya baru pulang ke kampung; dah dekat nak raya laaa. Singgah sebentar di Pasar Malam, tiba-tiba cina pasar malam tuu pasang lagu ini. Terus saya tangkap kaset yang original. Beberapa tahun lagu saya mendapatkan lagu ini dalam bentuk CD dalam Kompilasi Lagu Raya terbitan Sony Music.
01. Sesuci Lebaran (Siti Nurhaliza) - Apa lagi yang saya dapat katakan tentang lagu raya ciptaan Pak Ngah, lirik oleh Hairul anwar dendangan Siti Nurhaliza. Memang First Klasssssssssssss !!! Lagu ini akan kekal menjadi lagu raya kegemaran nombor satu saya untuk jangka masa yang lama... insyaAllah.
Banyak lagi lagu lain yang saya suka... tapi ini yang Top 10nya... !!!

No comments: