Monday, July 7, 2008

Let's Toast Box at KL Pavillion !!!


Maka sampailah kami ke destinasi terakhir untuk 5 Julai 2008 (sebelum pulang ke teratak). Setelah penat mendengar celoteh chef selebriti, Dr Garra Rufa pun sudah kenyang makan kulit kaki kami, kini tibalah masa perut kami pula berkeroncong. Selalunya jika ke KL Pavillion, saya pasti akan singgah di J.Co; namun kali ini terpaksa 'skip' J.Co bukan kerana jemu tapi panggilan kopitiam lebih mendalam. Sekarang ni kalau kita perasan akt Malaysia ni, kopitiam tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Satu demi satu dengan pelbagai jenama menarik. Salah satunya ialah Toast Box di Food Republic, Level 1 - KL Pavillion. Menghidangkan menu yang hampir serupa dengan kopitiam yang lain juga sebenarnya. Yang menarik minat saya dan Lisa kali ini ialah French Toast (kalau disertakan madu lebah, tentu lebih enakkan?), 'Peanut Butter Thick' (roti 'benggali' dengan peanut butter - teringat akan saya pada menu yang hampir serupa di Siam Paragon, nostalgia beb !!!), Lontong (Hmmm... perbezaan lontong do Toast Box ini alah kuah lemak yang digunakan adalah seperti lebih mirip kepada kuah mee kari, tapi sedap juga dan warna kuahnya lebih kepada warna rempahlah..) dan untuk minuman pula, barli suam (Toast Box menggunakan serbuk barli yang di masak, jadi tak dapatlah kita mengunyah biji-biji barli) dan milo ais. Kesemua menu di atas berjumlah RM 19.53, ok kan? Haa.. lagi satu, pujian harus diberikan kepada kakitangan Toast Box, budak-budak lelaki melayu yang kerja kat sini memang mesra pelanggan, Keep The Good Work, Bros !!!


No comments: