Monday, July 21, 2008

My Bangkok Adventure



12 Julai yang baru lalu, saya dan Lisa telah berjaya mendarat di Kota Bangkok dengan pesawat Air Asia. Perancangan untuk ke Thailand ini memang telah lama di buat. Kami mempunyai beberapa misi kali ini. Bagi Kota Bangkok; aturcara utamanya ialah Chatuchak Market, Vimanmek Mansion, Giant Swing dan Index @ MBK. Memang ini bukanlah kali pertama kami menjejakak kaki ke Kota Bangkok tetapi - pada setiap kali datang samada libur ataupun kerja pasti ada saja lokasi yang terlepas atau tidak berkesempatan.
Pesawat mendarat di lapangan Terbang Suvarnabhumi lebih kurang jam 11.30 malam. Jadi, perkara utama ialah mendapatkan teksi untuk ke penginapan yang terletak di Sukhumvit Soi 3. Yes.... bagi mereka yang tahu ada Jalan di Sukhumvit ini yang dinamakan 'Arab Street'. Sesuai dengan namanya maka inilah syurga makanan halal asia barat di Kota Bangkok ini.
Bagaimana dengan pengembaraan kami. Seawal jam 8.00 pagi - 13 Julai 2008, kami telah keluar dari penginapan. Tujuan perjalanan pagi ini ialah untuk menjelajah Chatuchak Market. Stesen BTS yang paling hampir dengan hotel kami ialah Nana. Kami perlu mengambil tren dan berhenti di Stesen Asok. Dari Asok, kami perlu menukar kepada perkhidmatan MRT dari Stesen Sukhumvit untuk berhenti di Kampang Phlaeng yang betul-betul terletak di bawak Pasar Chatuchak. Kami menghabiskan masa lebih kurang 3 jam di Pasar Chatuchak. Apa yang di beli? Kebanyakannya cendera hati untuk saudara mara. Dari lampu ke seluar nelayan, dari keychain sampailah ke payung kertas.
Dari Chatucak Market kami mengambil BTS Mon Chit dan turun di Victory Monument. Dan dari situ... kami merasai pengalaman untuk naik bas lompat di tengah-tengah Kota Bangkok untuk ke Vimanmek Mansion. Tiket Bas cuma BHT 10.
Vimanmek Mansion sebenarnya merupakan 'Golden Teak House' yang terbesar di dunia. Ia adalah peninggalan istama King Rama V. Dan kadang-kadang masih digunakan sehingga sekarang untuk meraikan tetamu di raja. Kompleks Vimanmek Mansion ini telah digabungkan dengan lebih kurang 14 galeri yang lain. Maka, sudah tentu tidak dapat masuk semuanya. Usai melawat VM, kami mengambil teksi untuk berhenti di Giant Swing. Tujuannya cuma satu - SNAP Pictures !!!
Dek kerana kepenatan, maka kami terpaksa mengambil teksi lagi sekali untuk ke MBK di mana satu Mall yang terkenal dengan baranag yang murah (ala-ala Pertama Kompleks). Tetapi yang lebih penting di tingkat atas MBK ialah INDEX. Sebuah furniture mall yang setanding dengan Ikea di Malaysia !!! Kalau tak percaya... kenalah datang sendiri.
Setelah penat membeli belah dan melangsaikan lawatan seharian. Kami pulang ke hotel untuk mandi, solat, berehat dan melepaskan lelah. Tentunya Arab Street, Siam Paragon dan Sala Daeng menanti kami di malam hari.

No comments: