Monday, February 11, 2008

HongKong Star di Kuala Lumpur



Sebenarnya ramai juga personaliti HongKong yang saya ikuti perkembangan mereka (selain daripada Hollywood & Bollywoodlah); baik pelakon drama atau filem mahupun penyanyi. Antaranya termasuklah Andy Lau, Jet Li, mendiang Anita Mui & Leslie Chong, Alan Tam, Kumpulan Beyond dan termasuklah juga Simon Yam. Yes !!! Simon Yam yang pernah belakon sebagai penjahat dalam Lara Croft Tomb Raider : The Cradle of Life bersama Angelina Jolie. Maka apabila beliau dan isterinya - Qiqi datang untuk rangka promosi ke Kuala Lumpur pada 19hb Julai 2007 yang lalu; di Suria KLCC pulak tu; maka sudah tentulah saya tidak akan melepaskan peluang untuk bertemu dan bergambar dengan beliau (memang dah lama tunggu tetapi selalu terlepas tatkala beliau singgah di Malaysia). Malangnya saya tidak dapat mengambil gambar bersama dengan Qiqi dek kerana security yang amat ketat.
Simon Yam yang lahir pada 19 Mac 1955 telah belakon lebih dari 40 drama dan 125 filem. Wow !!! Banyak tu. Selain daripada belakon beliau juga dihormati sebagai photographer dan ahli perniagaan yang hebat. Hmmm... kalau nak tahu Simon Yam adalah Duta Canon Malaysia selain daripada Mawi lah (sebab tu lah beliau selalu ke sini). Antara lakonan beliau di layar perak yang diingati ialah Bullet In the Head, Tiger Cage, Hong Kong Gigolo, Full Contact, Young & Dangerous, Midnight Fly, Scarred Memory, Fulltime Killer & PTU. Hmm... teringin pulak nak buat collection nii...:)
BTW, apart from kantonis & mandarin he speaks English off course. Sebab tu saya sempat jugak bersembang dengan Simon !!!

No comments: