Saturday, February 2, 2008

"Charity Crocs"

Saya memang pemakai sandal Crocs... Infact saya memiliki 2 pasang Crocs; satu yang original design lagi satu untuk outdoor. Bukan Disember lalu, Lisa ingin menghadiahkan Nina adiknya sepasang crocs, lantaran itu timbul idea untuk saya membelikan Lisa sepasang Crocs dan Lisa pula membelikan saya sepasang crocs. Segalanya bermula di Crocs Store di 1 Utama. Crocs sedang menjalankan Kempen Charity untuk anak-anak yatim menyambut krismas, dengan menderma RM10, Crocs akan menyumbang sepasang Crocs untuk anak tersebut dan penyumbang perlu menulis kad ucapan dan kad ucapan terbaik boleh memenangi Crocs Goodie Bag & seapsang Crocs !!! Akhirnya kami membeli 3 pasang Crocs... 2 di 1 Utama & 1 di Ikano dan menderma 2 pasang crocs untuk 2 orang anak yatim.

Sebulan berlalu... akhir Januari lalu... Lisa mendapat panggilan dari Crocs. Kad Ucapa hasil nukilan saya di Crocs Store di Ikano telah memenangi salah satu hadiah utama. Dalam Crocs Goodie Bag tersebut ada berbabagai merchandise Crocs seperti lanyard, t-shirt, coaster, mouse pad dan note pad. Wow !!! Pihak Crocs telah mengepos laju goodie bag tersebut di Pusat Mel Seri Kembangan (nasib baik orang lama area ni...) dan ... dan... dan...



Crocsnya perlu di pilih di Ikano... dan Lisa telah memilih crocs paling mahal dan cantik sampai sayang dia nak memakainya.... hahahaa. Alhamdulillah... niat yang baik mendapat pulangan yang baik juga. InsyaAllah.

No comments: