Sunday, February 17, 2008

Collector's Item



Saya masih ingat lagi ketika pulang ke kampung baru-baru ini di mana saya telah 'menghadiahkan' Angah 1 kontena plastik kaset-kaset lama yang saya beli dan kumpul sejak belajar. Ye lah... cuma Abah dan Angah sahaja yang masih memiliki alat pemain kaset (cassette recorder) samada di rumah atau dalam kereta. Sedangkan saya telah naik taraf ke cakera padat (CD) . Lantaran itu ada beberapa hasil muzik hebat yang pernah dihasilkan oleh beberapa artis ternama yang tiba-tiba hilang dari koleksi saya kerana dahulu saya cuma mampu membeli kaset. Antaranya album "Faith - George Micheal" yang dihasilkan dalam tahun 1988 (kalau tak silap saya) yang mana telah menukarkan seorang 'star' menjadi 'mega star' !!! Album ini mengandungi 5 Lagu No 1 di US Billboard Hot 100 - "Faith", "Father Figure", "Kissing A Fool", "One More Try" & "Monkey". Tapi sebenarnya lagu yang saya cari dalam album ini ialah "Hand To Mouth" memandangkan lagu ini tidak dimasukkan di dalam mana-mana kompilasi George Micheal.

Setelah hampir 5 tahun mencari album ini dalam bentuk CD, akhirnya Flea Market Amcorp Mall telah berjaya merealisasikan impian saya. Dengan tidak di sangka-sangka seorang penjual memiliki CD ini. "Thank You, Bro !!!" Misi kedua saya ialah untuk mencari CD "Listen Without Prejudice Vol 1" pula dari penyanyi yang sama. Antara album lain yang saya telah berjaya memiliki sejak beberapa tahun lalu ialah "Wilson Phillips (album pertama yang mengandungi lagu Eyes Like Twins)", "Sean Maguire" (Yes... the King Leonidas in Meet The Spartans - he was once a singer in the UK with few UK Top 10 songs before he moved to the states to act in sitcoms ) dan beberapa CD pertama East 17.

Amcorp Mall, terutama Flea Market setiap hari Ahad sebenarnya banyak membantu saya untuk mencari CD terpakai (used CD) 'masterpiece' dan 'rarities"; saya mula dikenalkan oleh seorang rakan mengenai tempat ini semasa bekerja di Bangi hampir 10 tahun lalu, bezanya beliau mencari piring hitam lama. Lantaran itu, meskipun bukan selalu, saya pasti akan ambil kesempatan untuk ke sini untuk menambah koleksi saya. Ada lagi CD lain yang saya cari tetapi belum berjumpa, "Glenn Medeiros - Ballad Collection", "OST - Miss Congeniality 1", "Jason Donovan - 10 Good Reason" , "Shy8 - Shy8" & "Brothers... We Are", "Aishah - Asia... Sedunia" antaranya.

No comments: