Sunday, February 3, 2008

Gelanggang Raja Lawak dan Saya

Saya sebenarnya belum pernah menonton Raja Lawak Astro Musim 2 (RLA2) di Astro Prima sejak ia mula bersiaran awal tahun ini. Niat memang ada cuma masa tak mengizinkan. Tetapi dek asakan Zizan (pengacara RLA2 laaa, siapa lagik) yang asyik mengajak saya menyokong kerjaya beliau... hahaha dan Cute yang dah 'jatuh cinta' ngan Nabil (salah seorang peserta)lantaran itu sayapun cuba mencari masa yang sesuai. Sudah tertangguh dua minggu dari plan asal sebenarnya dek kerana jadual hujung minggu saya yang padat; akhirnya 1hb Februari 2008 telah menyaksikan saya (kami sebenarnya) telah menjejakan kaki ke Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya untuk menonton secara live RLA2 Minggu keempat. Cute sudah semestinya yang awal-awal lagi nak menonton live dan Azwan juga ikut serta setelah dia menangguhkan jadual balik kampung ke hari Selasa. Sementara Mus.... yang akhirnya menarik diri di saat akhir walau puas pujuk. Sedangkan Lisa.... awal-awal lagi dah suruh saya enjoy ngan kawan-kawan.
Studio Astro di Wisma Ali Bawal ini kecil sebenarnya.... layaklah, laipun pengukit RLA tidaklah sehebat AF kan. Apa yang menarik minggu ini? Ini merupakan kali kedua saya kesini setalah kali pertama ketika saya menyaksikan Gelanggan Final RLA1 dimana ketika itu terpahat sejarah yang sukar untuk dipercayai dimana Zizan dan Johan kecundang di tangan Yus !!!



Pentas RLA2 yang lebih gah dari musim lalu... yelah, pengacara pun dah jadi 2 orang. Dulu ada 3 orang Otai yang bertindak sebagai pengkritik.... kini dah tak guna nama Otai lagi tapi Juri iaitu HSBC (Harun Salim Bachik), Enot & Zaibo.


Saya bersama dengan Zizan & Johan pengacara RLA2. Seronok diaorang nih... tak dapat sembang panjang pun. Tapi rasanya boleh datang lagi kot minggu-minggu seterusnya. Minggu depan.... Tiru Gaya Artis !!! Nak kena gossip kat telefonlah gamaknya lepas nii... dengar citer Zizan tengah bercinta sakan.....? Betul ker? Ngan siapa?



Ini Azwan.... gambar ni kat depan Wisma Ali Bawal... tapi tak nampaklah pulak backgroundnya malam-malam ni...



Ni haa.... Cute dengan peserta RLA2 pujaannya !!! Bukan dia seorang saja... ramai lagi kat luar sana, Ketika ini Nabil telah menguasai lebih daripada 30 % undian.


Yang berjaya melekat di hati saya ialah persembahan pada malam ini ialah Konsert Poyo oleh Nabil, Pontianak oleh Shah & Duit Duit oleh Kumpulan Cham. Yang lain biasa-biasa saja walaupun memang ada moment yang pecah perut. Kali ini gelanggang RLA2 bertemakan Komedi Muzikal dan juri jemputan ialah Shamshul Ghau Ghau yang pernah hits gila dengan lagu Komedi 'Lagu Hits Buatmu'.

No comments: