Tuesday, February 19, 2008

DAMAI MERDEKA - REEDZA

"Gambar ini hanya hiasan" - sebenarnya semasa Malam Puisi Kemerdekaan pada 26/08/2006 di Dataran Merdeka ini Mawi tidak membaca sajak "Damai Merdeka - Reedza" tetapi sajak Allahyarham JM Aziz kalau tak silap saya. Apa yang menjadi nostalgia ialah tarikh keramat inilah Mawi mula berkenalan dengan kumpulan kami.

Damai itu
Adalah satu
Rentetan daripada perjuangan
Menghambat keterpaksaan
Yang datang tanpa kerelaan
Membibit kebebasan
Pencetus maruah dan harga diri

Damai itu
Terasa dingin sekali
Apabila aku menghembus
Udara merdeka ini sekali ini
Kerana setelah 50 tahun janji ini termetri
Apakah aku masih mampu berasa sangsi lagi?

Damai itu
Adalah aku
Seakan situasi
Dalam datang, dalam pergi
Ingin aku terus kecapi hakiki ini
Tanpa secubit rasa rendah hati

Damai itu
Antara kami saling berpadu
Terima kasih Tuhanku
Terimakasih negeri ku
Terima kasih kepada para patriot
Atas nikmat tak terjangka ini

1 comment:

Idham said...

damai Merdeka nie adalah suatu yang dilahirkan dari seorang yang merasai kebahagian dalam malaysia yang damai...aku tak reti nak ulas panjang panjang apa pun thanks for share..Cabai Burung