Tuesday, June 6, 2006

The One When I Was Invited to the King's Palace

Lihat ke tajuk macam BEST jer..., macam perasanpun ader... ahaks. Sebetulnya aku memang dapat jemputan untuk menghadiri Jamuan Teh Diraja di Istana Negara sempena dengan Hari Keputeraan DYMM YDP Agong pada 3 Jun yang lalu; daripada seorang kawan. Meskipun ada serorang kawan yang mengatakan dia tak boleh campur urusan kerja dengan urusan peribadi bila nak minta tolong untuk dapatkan sesuatu; sebab katanya 'work is work, personal is personal'... ahaks, tetapi ada juga kawan yang sudi panjangkan jemputan ini kerana beliau dapat berbuat demikian yakni "agar kawan dapat juga merasai kelebihan dari pekerjaan seorang kawan', eh apa aku cakap nii??? Maka merasalah juga aku untuk kali pertama masuk ke dalam istana negara, bergambar di sekitaran istana negara, makan Jamuan Diraja dan bersalaman dengan DYMM YDP Agong & Permaisuri Agong, our beloved PM - Pak Lah, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah.
Aku sampai kiranya awal juga, dalam pukul 3.45 ptg, lalu di arahkan untuk meletakkan kereta di Jalan Bellamy (Ikan Bakar !!!), lalu masuk ke taman Istana Negara melalui pintu belakang. Majlis bermula dalam jam 4.45 ptg. Tak ada sebarang ucapan, selepas diperkenan oleh DYMM YDP Agong.. maka jamuan dimulakan sambil dihiburkan oleh Syed Sobrie (Mencari Kata-kata) & isteri beliau Azie (ex-Harmoni). Kami di Khemah Zamrud dimana jamuan disediakan oleh Hotel Istana Kuala Lumpur. Ada banyak juga khemah jugalah... lebih kurang jam 5.45 petang, pengumuman dibuat untuk beratur dan bersalaman dengan YDP Agong. Selepas bersalam... apa lagi kamipun balik lah...., tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada kawan tersebut.
Satu kenangan yang tak bisa terlupakan, insyaAllah.

Aku posing kat sisi Istana Negara, eh pesal samping tuu nampak macam menggelembong... apa lagik kalau bukan wallet aku ler!!! Buat spoil gambo ajer.... Memang.... memang kod pakaian ialah baju melayu untuk Lelaki Melayu Islam. Rasa macam rayalah pulak... Ini kira baju raya paling baru yang aku ader niii.


Pemandangan Istana Negara, Kebanggaan Malaysia sebagai Negara Demokrasi dengan Raja Berpelembagaan.


Dah ada peluang... memanglah aku ambil kesempatan. Kereta Bently DYMM YDP Agong.

Memandangkan aku dapat dua kad jemputan, maka kupanjangkan pada Yeo, yang semstinya membawa Yanie !!! Ahaks... Gambar tu berlatar belakangkan Khemah Diraja.


Satu Kad untuk dua orang, Eh siapa kat sebelah tuu.... Itulah Lisa ler. Ini kira dah hampir giler ngan Khemah Diraja tuh..., kami sebenarnya dari Kuantan nii... selepas melawat sahabat yang terlantar dihospital. Tengah jalan kena tukar pakaianlah nii...