Saturday, June 10, 2006

The One "When I Have to Miss Hans on AC DiSini" and "Get Well Soon My Best Friend"

A hectic weekend for me. Actually aku tak kerja 2 Jun 2006, ganti sebab esok "public holiday". Malam ni kalau diikutkan perancangannya aku akan menyambung rutin mingguan aku, apa lagi kalau bukan ke ASTRO menonton secara live AC Disini. Jemputan kali ini ialah seperti yang telah lama diuar-uarkan dan asyik tertunda saja, siapa lagi kalau bukan Hans Isaac. Tapi rancangan malam ini terpaksa dibatalkan sebab aku perlu melawat seorang sahabat yang sedang ditahan di hospital. Maka, tidak dapatlah aku tulis pasal AC Disini minggu ini.... memandangkan aku tidak menonton live... maka malaslah pulak aku nak buat 'write-up', ulanglah pulak ayat nii. Apapun dari Geng World (walaupun semua kami tidak dapat pergi malam tersebut), kata Cute & Chott "Episod dengan Hans Isaac ni memang menarik dan kelakar habis, terutama bahagian Cat Walk tuh !!!"
Sebenarnya sudah lebih tiga minggu; sahabatku Ajeem, 'menginap' di hospital. Baru keluar dari ICUpun. Cuma aku sahaja yang tidak ada kesempatan untuk melawat. Bolehker mengaku sahabat baik ni, sampai tidak ada runag untuk menjenguk Ajeem? Kuantanpun sebenarnya bukanlah jauh sangat, memandu secara 'senggang & releks' cuma mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kuala Lumpur. Kesibukan dengan kerja pejabat, juga bukanlah penyebab paling utama. Apa yang sebenarnya terbuku dalam hati ialah - aku tidak mampu untuk melihat Ajeem terlantar menahan sakit - seperti mana Ajeem jugak tidak mampu pada mulanya untuk mengkhabarkan berita kesakitan beliau pada aku. Semuanya berlaku secara kebetulan apabila aku mengajak Ajeem untuk turut serta program Tekad. Bila dia menjawab tidak boleh kerana..... maka barulah segalanya terbongkar.
Sepewrti yang aku nyatakan tadi, untuk melawat seorang sababat baik terlantar di katil hospital sebenarnya sesuatu yang amat parah. Melihat dia menahan keperitan samalah seperti aku juga menanggungnya, merasai kesakitannya. Masa gembira, suka, gelak tawa... lebih mudah. Masa bertentangan pendapat, lagi mudah. Melihat beliau menahan kepritan memang sukar untuk ditelan. Lantaran itu semenjak 3 minggu lalu aku cuma mampu berbalas sms untuk mengetahui perkembangan beliau, itupun kebanyakan sms dibalas oleh isteri beliau, Aja.
Tapi, 3 Jun 2006, aku mesti pergi juga melawat. (Penat jugak carik hortel semalam, musim cuti sekolah lah katakan... Kuantanpun sesak) Sakit beliau ada kaitan dengan bahagian perut, tak perlulah aku jelaskan secara detail. Nak bawa buah, kek, bunga... terasa membazirlah pulak - dah memang dia tak boleh makan. Jadi aku cuma beli buku pasal World Cup (Haa... Bro, aku nak tanya ni - Ko support team mana?), dapat juga Ajeem habiskan masa membaca dan buat telahan team mana akan ke Final. Terkejut juga bila aku tengok Ajeem kat hospital nii... cengkung giler, dah macam "half of his weight before" atau Teng-Hi, panggilan aku masa kat maktab untuk budak-budak yang kurus !!!. Manakan tidak, dah tiga minggu dia tak makan. Nak sembang ngan aku pun dia tak larat saja, tapi digagahi jugaklah - sebab aku datang dari jauh... ahaks!. Lama jugak aku lepak kat sana... hampir dua jam. Selain pasal sakit beliau tentulah ada kisah-kisah yang "out of topics" kami chat tetapi menggembirakan. Akupun sebenarnya dah lama tak jumpa Ajeem ngan Aja nii... akhir sekali hampir 6 bulan yang lalu bila kedua mereka datang Kuala Lumpur dimana kami mengunjung gedung idaman pasangan suami isteri.... Ikealah apa lagik !!!
Untuk Ajeem... cepatlah sembuh, leh tengok World Cup (Hola Germany !!!), dan pulang semula bekerja... sori tahun ni ko akan miss karnival sukan, tapi kalau free boleh turun Bangi tengok Project Superstar. Side track sikit.... amboi sempat lagi beli HP baru tuu...
Untuk Lisa, TQVM sebab sudi temankan saya ke Kuantan, Kalau tak awak yang temankan siapa lagi? Tapi... leh gak balik Kuantan kan... kan... kan...

Sebenarnya aku nak letak gambo kat hospital... tak tergamaklah pulak... ni ha gambar masa aku gi kenduri kahwin Ajeem - Aja kat Kemaman, 20 Ogos 2005. Itu hadiahnya.... apa kat dalam tuu? Haa.. Ada soalan untuk Ajeem ngan Aja ni... " Dah siap ker Jigsaw Puzzle tuh?"


Boleh tahan jugak Baju Pengantin tuh.... "Saat bahagia" Sampai terpejam mata si Aja tuh.. Eh... Aku akan jadik Uncle nii.... Ahaks... dah berisi rupanya si Aja nii. Weh Bro... Bunting pelamin ker?

Ni haa... biasalah... Gambo ngan karikatur Hans saja !!! Gambo ni diambil pada 9 Jun 2006.

No comments: