Sunday, June 25, 2006

The One About Tea At Fuzhou

Sewaktu pertama kali aku menjejakkan kaki ke Fuzhou, China; pertanyaan pertama yang keluar dari mulut ialah 'Apa yang menarik di sini?' Malangnya, aku terpaksa menunggu lebih 12 jam kemudian untuk mendapatkan jawabannya. Pesawat dari Shenzhen lewat 40 minit, akhirnya lewat jam 12.30 tengah malam (sepatutnya 11.50 malam) barulah kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Fuzhou. Seperti yang telah dicatatkan dalam e-mel yang dikirimkan oleh Selina, pesanan daripada Mr Ng; 'our lady driver will pick you to Shangrila Fuzhou". Maka lagi satu persoalan bermain di kotak fikiran. "Why lady driver?". Perjalanan ke hotel pula mengambil masa lebih kurang satu jam... aduh !!!
Tepat jam 9.30 pagi, Mr Ng datang menjemput kami bersama 'lady drivernya'. Mr Ng, sebenarnya bakal 'filler' bagi pihak 'customer' kami. Aku dan rakan ditugaskan untuk menjalankan sedikit pemeriksaan, audit dan membuat laporan kesesuaian 'plant' Mr Ng untuk menjalankan tugas beliau kelak. Sesi mesyuarat, 'negotiation' dan lawatan kilang tamat lebih kurang jam 2.30 ptg. Fuzhou, baru sahaja kehilangan satu-satunya Restaurant Muslim di sini apabila pemilikan restaurant itu telah bertukar tangan. Mahu tidak mahu kami terpaksa beralih ke restoren cina hotel untuk makan makanan laut. Selesai makan tengah hari, barulah aku sempat mendapatkan jawaban kepada kedua-kedua kemusykilanku.
"Lady Driver" Mr Ng sebenarnya adalah legasi daripada pemilik lama syarikat ini. Wanita itu dahulunya merupakan pemandu trak. Mr Ng kemudian menawarkan beliau menjadi pemandu kereta syarikat, katanya lagi; para pelawat lebih selesa dan percaya kepada pemandu wanita. Tapi Mak Cik bawa kereta baru ni punyalah berhati-hati dan perlahan!!!
Yang menarik di Fuzhou? Pertama "Gadis-Gadis Fuzhou" dan yang kedua "Teh". Sebagai pemuda Islam yang bertanggungjawab, aku lupakan tarikan pertama. Lalu tarikan kedua menjadi pilihan.
Teh di sini bukanlah seperti teh boh atau teh lipton yang kita selalu minum. Yang dapat aku perhatikan, daun teh yang kering itu sebenarnya bila direndam ia akan terbuka dan membesar. Warna teh di sini juga lebih cerah. Samada kekuningan ataupun kehijauan. Teh di minum tanpa gula. Menggunakan cawan yang kecil, diminum sedikit demi sedikit dam semasa masih panas. Perlu diminum kurang dari 4 jam setelah ia direndam. Antara tips yang aku dapat ialah, jangan minum air rendaman pertama. Air rendaman pertama ini selalunya kurang bersih, kita perlu bersihkan dauh teh tersebut. Rendaman kedua dan ketiga lebih berperisa. Ada tiga gred teh. Belilah ikut kemampuan. Teh yang amat terkenal di sini ialah 'TiKuanYin King Teh'. Aku telah di bawa ke kawasan 'wholesale' teh Fuzhou, katanya lebih murah. Alangkah baiknya jika di bawa aku ke ladang teh saja... Ahaks. Setelah habis sesi tawar menawar, aku membeli 70 pek kecil untuk dibawa pulang kepada abah dan mak di kampung dan Alongku yang memang penggemar teh. Aku mencari teh untuk menguruskan badan, tidaklah pula ketemu.

Dataran Pekerja. Lewat petang yang menghampiri waktu maghrib. Satu- satunya tempat menarik yang sempat aku singgah. Bila malam ada air pancutan yang menghiasi. Di awal pagi tentunya ramai warga emas membuat latihan tai chi.

Dari kawasan bukit membelakangi Shangrila Fuzhou dimana aku menginap. Sebenarnya Fuzhou ini tidak kurang banyaknya bangunan pencakar langit.


Inilah barisan pemborong teh di Fuzhou. Menjual teh ini sebenarnya adalah satu 'art' bagi mereka. Lebih dari satu jam aku terpaksa habiskan masa sebelum dapat membeli. Mereka akan cuba sedaya upaya menjamu bakal pelanggan untuk merasa semua jenis teh sambil membuat penilaian.
Salah seorang pekerja sedang menjalankan tugasnya untuk membuat pek teh. Mesin hampagas itu akan menyedut semua angin dalam pek.


Merendam teh. Penuh tradisi. Penuh keaslian.


Kelihatan para pekerja sedang memilih gred daun teh di luar kedai. Satu pemandangan yang biasa di sini.


Teh yang telah dipilih. Sedia untuk dipekkan.

No comments: