Pesta Tanglung sering dikaitkan dengan masyarakat tionghua. Pastinya ia bukan perayaan keagamaan tetapi adalah budaya sebuah bangsa yang diamalkan sejak turun temurun. Lantas itu, apabila Tourism Malaysia menjadikan The Asia Lantern Carnival 2006 sebagai salah satu acara dalam kalendar pelancongan Malaysia maka sudah tentu aku tidak akan melepaskan peluang untuk turut serta. Apatah lagi, lokasinya adalah laluan wajib aku setiap hari untuk berulang-alik ketempat kerja. Lebih tepat lagi, Tempat Parkir Kereta Stesen STAR Bukit Jalil !!!
Bayaran masuk? Murah sahaja. Cuma RM5 untuk sekali masuk, kalau rasa nak buang air kecil/besar bolehlah 'kenyit mata' kat penjaga pintu agar mereka membenarkan anda untuk masuk sekali lagik selepas keluar menunaikan hajat... ahaks. Bagi para pembaca China Press, lagi mudah... bawa sahaja keratan akhbar tersebut - maka bolehlah masuk FREE. Kita boleh masuk bermula dari jam 3.00 petang sampailah ke jam 12.00 tengah malam. Untuk melihat keindahan secara total dan maksimum, aku nasihatkan korang pergi selepas waktu maghrib. (jangan risau, surau yang maha besar ada... hanya disebelah Stesen STAR Bukit Jalil).
Aku cuma berkesempatan untuk melebarkan kakiku menjejak Pesta Tanglung ini pada 1 Jun 2006 yang lalu, meskipun Pesta ini telah dibuka sejak 25 Mei 2006 lagi. Masih panjang.... kerana Pesta ini cuma akan berakhir pada 30 Julai 2006 nanti. Agak tenang dan tidak merimaskan juga bila tidak begitu ramai pengunjung pada malam tersebut. Jadi, begitu mudahlah untuk kami mengambil gambar, berposing dan menikmati keindahan struktur "lampu gergasi" bercahaya itu. Kami? Oh... aku pergi dengan seorang teman dari Kumpulan Saff-One, ya... Saff-One, kumpulan nasyid tuh !!! Pojan namanya.
Apa yang menarik... hmmm.... banyak juga, selain dari Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Shah Alam juga telah dijadikan salah satu struktur tanglung yang cantik bercahaya kebiru-biruan, Kompleks Perdana Putrajaya juga ada - lagilah indah. PETRONAS Twin Towers; tentulah mercu tanda yang tidak boleh dilupakan. Tidak cukup dengan itu; ada taman monyet, dunia dinosour, dan Taman Panda !!!! Tidak cukup dengan itu, ada struktur Dataran Helang yang bahan utamanya ialah VCD !!! Aku pasti mesti VCD cetak rompak nii... bila disinari cahaya, tampak berkilau-kilauan.
Tapi aku rasa ynag paling mengkagumkan ialah... Naga yang amat panjang. Tertanya juga kami sama sendiri adakah ini struktur naga terpanjang di Asia? Diperbuat dari piring, sudu dan mangkuk porcelin cina yang diikat dengan benang. Ia memang mengagumkan !!! Cantik, indah, kreatif dan tak terkata !!!
Kalau dah habis pusing-pusing, jangan lupa rehatkan diri di pentas terbuka, mana tahu ada pertunjukan yang menarik. Semasa aku pergi dulu, ada persembahan akrobatik dari negara cina. Hebat juga !!!!
Lapar? Jangan risau... ada makanan chinese muslim disediakan.
Cuti sekolah masih panjang, kalau ada masa lapang bolehlah panjangkan langkah anda. Cuti-cuti Malaysia - Semuanya ada disekeliling anda.
Inilah naga yang panjang tuh.... sampai tak tercapai zoom kamera ku!!!
Kepada siapa yang tak kenal, inilah Pojan. Di belakang kami.... Naga, naga ya... bukan buah naga....ahaks.
Inilah yang aku ceritakan tadi tuu... Dataran Helang Langkawi. Helang tuu diperbuat dari kepingan VCD... entah berapa ratus ntah yang telah digunakan.
Ake membelakangi Kompleks Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Macam real jer kan... kan... kan...
Masjid Shah Alam yang turut diabadikan dalam bentuk tanglung, siap boleh masuk dalam bagunan tuu lagik.
2 comments:
moncler
supreme outlet
jordan shoes
balenciaga shoes
air jordan
curry shoes
moncler outlet
yeezys
hermes online
jordan shoes
get redirected herenavigate to this web-site my review hereimp source newsread the article
Post a Comment