Sunday, June 25, 2006

The One on 4th Concert of AF4

Macam tak percaya jer yang aku akan menonton secara 'live' Konsert Keempat AF4 ini di Dewan Sivik MBPJ. Yelah... pesawat yang aku naiki dari HongKong mendarat di KLIA jam 6.30 petang. Jam 6.55 ptg baru dapat keluar dari 'airport'. Nasib baik dah janji dengan Azwan untuk ambil aku di KLIA. Perjalanan ke rumah mengambil masa lebih kurang 45 minit, tetapi nak berhenti makanlah pulak si Azwan ni. Jam 8.20 malam barulah aku sampai rumah. Dalam pada itu asyik ber'sms' dengan Cute. Dia telah berjanji dengan Kona, Chott & SpiderX untuk menonton di dewan. Akhir aku mengalah, aku akan turut serta tetapi jam 10.00 alam baru aku akan pergi ke sana; jadi aku akan terlepas dalam 3 pesertalah. Apa-apapun nasib baik sempat nonton Farhan di rumah juga. Aku sampai PJ jam 10.35 malam, sedang elok Lotter habis buat persembahan dan 'break', jadi aku pun dapat masuk dewan dengan mudahlahh. Alhamdulillah, Cute dah simpan tempat untuk aku. Sempat juga aku menonton lagu Menuju Puncak, dan rasai suasana penyingkiran.

Sebenarnya, tujuan utama World Gang @ Celebrity Hunters (seperti gambar kat atas tu.. SpiderX, Chotto, Jase, Cute & Kona - kalau nak baca cerita dia orang pergilah kat links tuu) ni biasalah, nak snap gambar bebanyak. Nak tak nak, mestilah kena tunggu sampai Imbasan Akademi Fantasia. Nasib tidak menyebelahi Zila apabila menjadi peserta keempat yang tersingkir. Bagi aku, rasanya lagu inggeris berentak country yang diberikan kepada beliau yang tidak begitu mesra telinga dengan pendengar melayu mungkin menjadi salah satu faktor kekurangan afundi yang akhirnya menyumbang kepada penyingkiran beliau juga. Berdasarkan persembahan Konsert keempat, secara peribadi aku meminati persembahan Farhan, Haziq & Faizal (yang aku cuma sempat menonton siaran ulangan di #15 petang ini)


Sementara menunggu rakaman Imbasan Akademi Fantasia bersama Zila sempat juga kami bergambar sana-sini. Memandangkan ini kali pertama aku datang, maka akupun ambil kesempatan untuk bergambar Mr Bola-Bola. Hmmm... adakan ini Mr Bola-Bola yang digunakan sejak musim pertama? Atau ini Mr Bola-Bola yang baru? Entah siapa yang tahu jawabannya. Dan lagi satu, sebab apa Aznil panggil Mr Bola-Bola dan bukannya Ms Bola-Bola? Jawab, jangan tak jawab...


Kevin Zahri, seorang yang bertaraf selebriti tetapi tidak berpewatakan seperti selebriti. Seorang yang mesra dengan sesiapa sahaja yang datang 'approach' dan tidak keberatan untuk mengambil gambar untuk penonton yang datang, apatah lagi yang ingin mengambil gambar bersamanya, tidak pernah menolak. Dapat aku lihat dia tanpa segan silu, menawarkan 'service' percuma untuk tolong 'snap'kan gambar. Dah ler senyuman tidak pernah lekang dari wajahnya... ahaks. Aku rasa personaliti sebegini sebenarnya bukan sahaja memberi warna kepada AF4 tetapi secara tidak langsung sebenarnya dapat menaikan rating AF4 !!! Sebabitulah dalam diaripun kita pasti akan dapat lihat Kevin juga. Aha... aku nampak laa kedua adik perempuan Kevin nii.... kwang, kwang, kwang.


Hasil daripada 3 tahun usaha untuk menurunkan berat badan, inilah buktinya yang dituai. Macam tak percaya pula akhirnya Rosma mendapat bentuk badan yang diinginkan. Mesti dia rasa sedih nak buang segala baju lama dia kan... kan...kan... Rosma datang seorang, Khai tidak turut serta. Aku sempat 'terjah' Rosma sebelum dia berangkat pulang dengan Sahri. Kami angkat jari telunjuk itu untuk menunjukkan AF1!!!


Felix.... masa aku menonton Konsert Mamee Slrrppp tempoh hari tak sempatlah pulak untuk bergambar berdua dengan Felix. Biasalah, kalau konsert tentulah ramai orang, masa ambil tanda tanganpun, tak boleh nak snap gambar juga. Jadi bila dapat peluang berjumpa sekali lagi, memang tak patut dilepaskan peluang. Ok jugak si Felix ni, sanggup tnggu sampai habis rakaman Imbasan. Ada orang tuuu ambil gambar kasut Felix. Nak tengok cam mana, kenalah layari blog dia tuh. Boleh tahan stylo jugak kasut si Felix ni (sendiri @ sponsor?). Dipendekkan cerita, Kata Felix yang album pertama beliau akan berada di pasaran dalam sedikit masa lagi. Akupun akan beli CD yang original juga. Harap-harap adalah lagi lagu balada yang sehebat Warkah berlagu Pilu.


Mustika telah mengukir sejarah hitam kepada Rich AF4 apabila tersingkir dalam Konsert Ketiga yang lalu. Secara peribadi, aku lebih rela Lotter yang tersingkir malam tuu, terutama apabila dia telah menghancurkan lagu Iris tu. Tapi biasalah, aku yang tidak meng'afundi' tahun ini memang sebenarnya tidak layak untuk berbicara pasal siapa keluar/siapa patut berada di dalam akademi.. ahaks. Tapi tak mengapa, aku tentu akan membeli CD EVO 2006 mereka yang akan dipasarkan setelah AF4 tamat. Biasalah... 'Collector's Item'. Dalam screen tv, Rich ni nampak macam rockers ganas, secara live... ah tidaklah pulak!!!


Aku sebenarnya bukan fan Karen. Bagi aku Karen ini cuma pelengkap kepada peserta AF4 untuk mempelbagaikan warna dalam AF4. Kebolehan beliau menyanyikan lagu melayupun bagi aku OK saja, tidaklah 'excellent' sangat. Tapi memandangkan beliau telah buat kenyataan untuk terus menyanyikan lagu melayu & rakam lagu melayu.... OK, All The Best Karen !!!

Aku sempat juga akhirnya bergambar dengan Nora, ingat lagi masa Prelude dahulu aku sempat berbual dengan ibunya yang datang jauh dari Sandakan yang kebetulan duduk di belakang seat aku ngan blogger glamer. Masa muzik@ria tempoh hari aku memang tak dapat meluangkan masa untuk pergi. Ada perkara lucu yang berlaku masa nak bergambar ni, ada ker aku cakap boleh berdiri tak Nora, bukannya boleh ambil gambar tak Nora... Ahaks... actually Nora, Karen ngan Liya ini duduk bersama. Masa tu sebenarnya tengah break rakaman Imbasan Akademi Fantasia. Ye lah.. nak kejar masa sebelum break tamat kan...

Itu saja antara gembar-gembur, corat-coret masa Konsert AF4 & Imbasan Konsert AF4 di Dewan Sivik MBPJ. Mungkin ada juga yang aku lupa dan tidak mampu menulis... ahaks.

No comments: