Friday, June 2, 2006

The One One The Launching of 6ixth Sense Debut Album " Hari Ini"


6ixth Sense... Band Malaysia ker Band Indon? Jawabannya... Band Nusantara. Vokalisnya, Adi "diimport" dari Jemper, Surabaya - Jateng. Ahli Band yang lain dari negara kita Malaysia, seperti Gjie (gitar utama), Airbone (gitar kedua), Ayoy (Bass) dan Wan (drum). Kepada para pendengar Era, tentu tidak asing dengan lagu "Hari Ini dan Semalam" yang sekarang ini telah menduduki tangga keempat, Carta Era !!! (Lagu ni, "cover version" dari lagu J Mizan, ok). Aku? sebenarnya dah lama dengar lagu-lagu dari album ini, sekitar bulam Mac 2006 lagi. Penerbit album ni yang bagi aku satu salinan CD untuk cari lagu yang mesra pendengar bagi pencalonan Muzik Muzik. Secara keseluruhan, album ini "above average". Mungkin ini taruhan terbaru Universal yang rasanya macam telah tidak memiliki artis tempatan yang bernaung di bawah syarikat ini???


1 Jun yang lalu, aku telah dijemput oleh orang besar Rumpun Rekods untuk memeriahkan Majlis Pelancaran album 6ixth Sense "Hari Ini". Pelancaran album telah diadakan di Planet Hollywood (percaya atau tidak, inilah kali pertama aku menjejakan kaki ke sini). KC (Red FM) menjadi pengacara, majlis bermula sekitar 4.00 petang. Seperti biasa selepas ucapan oleh orang-orang besar, termasuk Sandy Montero... maka majlis menadatangi "frame cover album & CD" itupun dilangsungkan. Pas tu bergambarlah...

Tengoklah tuu, bersemangat betul mereka menghiburkan penonton. Muzik yang dimainkan secara live inipun boleh tahan. Vokalmnya, Adi... hmm.. Macam Duta pun ada jugak, lebih-lebih lagi gaya persembahan beliaulah. Tapi dia memang tak "audience shy" ler... habis seluruh pentas dia berlari sampai terjatuhlah salah satu badge yang dia sematkan kat baju tuh.... Dalam lima lagu jugaklah dia nyanyikan, antaranya Maafkanku, Berjanjilah dan tentunya Hari Ini dan Semalam.


Ini masa "press conference". Teruk jugak ler si Adi tu dibelasah oleh wartawan hiburan Malaysia !!! Tapi banyak soalan dijawab oleh Mujahid, orang kuat di sebalik pembikinan album ini. Terutama macam mana Adi belajar budaya & iklim muzik di Malaysia, berapa lama telah tinggal di sini dll. Antara soalan yang mengancam juga, pasa kenapa Hari Ini dan Semalam dipilih sebagai "single" pertama. Mujahid, selaku penerbit menerangkan soal durasi album yang kurang dari 40 minit, walaupun telah cukup 10 lagu... ahaks... nak masuk pencalonan AIM rupanya. 6ixth Sense dikira bertuah kerana mereka akan Tour Indonesia bulan Ogos nanti.

Seperti biasa... akhirnya kenalah posing ngan aku. Sporting jugak budak-budak nii...

2 comments: