'The Dancing Restaurant', di namakan sebegitu kerana setiap malam bermula jam 7.30 malam akan di adakan pertunjukan tarian. Tarian yang ditonjolkan aku rasa dari etnik cina yang beragama Islam dan ada juga yang diceduk dari tarian Arab dan India. Maka sudah tentu ada "Belly Dancing". Ada satu tarian tuu menggunakan lagu "Mustaffa" sebagai muzik latar, teringat pula aku semasa zaman kanak-kanak. Ada juga ang menggunakan lagu Shakira, sudah tentu bukan lagu 'Hips Don't Lie' ok.
Ini merupakan acara terakhir, seperti yang aku dah agak. Dah tentu aku akan kena panggil turut serta menari. Mana tidaknya, dah tentu muka aku ni tak ada muka Cina. Kalau dah nampak muka pelancong tuu, memang dah tak dapat larilah. Tapi aku yang pemalu dan tak pernah masuk disco ni memanglah kaki bangku dalam soal menari, kira macam apa tuh... 'kongkang' - menggunakan istilah Adlin yang diberikan kepada Faizal AF4. Apa lagi, macam gambar kat atas tuu... akupun ambil kesempatan untuk bergambarlah... muka penari ni macam innocent sangat.
Ini pula Selina Cui. Actually dia ni customer akulah kat Shenzhen ni. She's handling logistics kat sini - dia import, aku eksport. Hari tu masa dia kat Kuala Lumpur aku dah bawa dia ke Restauran Seri Melayu, masa tuu dia pun turut serta menari atas pentas. Her comment was "it's too easy". Aku ingat dia 'kerek', rupanya dia ni memang teror menarilah.... Tapi ini kira kali terakhir aku akan jumpa dia sebagai rakan sekerja or 'partner' or 'counter part'; sebab dia dah nak resign. 070706 will be her last day. OK - Good Luck on your new job !!!
Selain dari makanan halal dan persembahan tarian. Restauran ini juga mengendalikan 'auction' lukisan cina. Ada yang cantik, ada yang 'so-so', ada yang membuatkan kita rasa 'Oh No....", ahaks. Harga lukisan-lukisan ini kebanyakannya dimulakan dengan harga bidaan dengan CNY100, kira-kira RM50 lah. Tetapi ada juga yang mencecah CNY300 lebih. Ada juga yang berkenan di hati, tetapi disebabkan ada pengunjung yang meletakan harga lebih tinggi - melepaslah aku.
Ini antara tarian yang mendapat tepukan gemuruh sekali. Sepanjang tarian, mangkuk empat tingkat tuu berada di atas kepala. Apabila tarian tamat, barulah kita sedar yang didalam mangkuk bertingkat itu ada air. 'Amazingly'... tidak ada yang tumpah terkena baju.... Dahsyatkan?
Ini kira aku ambil kesempatan untuk bergambar dengan gadis-gadis cina muslim yang bekerja di restauran tersebut. Pakaian mereka memang ceria dan berwarna-warni. memang 'inviting' betul untuk orang masuk ke restauran ini... Mereka pun 'sporting' juga, mungkin dah biasa.
Lagi satu tarian yang menarik. Tapi shot yang aku ambil ini tak ada yang gelek-gelek sangat. Perasan tak kat belakang tuu ada gambar mendiang Mao Tze Dong tengah bersalam dengan seoang tua etnik muslim cina, mungkin dalam salah satu lawatan beliau ke kawasan tersebut satu keika dahulu.
Macam-macam yang aku makan kat sini, ada goreng kambing ala cina, ayam halia + kentang, rojak sayur, entah apa-apa lagilah, sampai tak terlarat aku nak makan daa... Lagi satu... naan juga ada (ada banyak bijan kat naan mereka nii, dan agak masin jugak). Jadi kami tak makan nasi lah. Tetapi ada satu kiuh yang menarik nii, nampak dari luar macam pau pun ada, apom pun ada. Yang ini warna putih, tidak ada inti dan tidak manis. Kalau nak makan kena cicah dengan kuah ler. Nama kuih ni 'you ta zi'. Kalau ke sana boleh rasa...
Buah ini pun nampak eksotik juga. Nak kata 'honey dew' @ tembikai susu, lonjonglah pulak. Nak kata labu, bukan kot. Kulit luar agar bergerutu. Tapi mungkin suku sakat 'honey dew + melon' jugalah ni. Manis dan isi warna kekuningan. Kat sini dipanggil 'ha mi gua'.
2 comments:
hermes birkin
lebron shoes
kobe shoes
retro jordans
hermes
birkin bag
longchamp
kyrie 6 shoes
stone island
yeezy boost 350
replica bags paypal accepted replica bags by joy replica bags near me
Post a Comment