Friday, October 16, 2009

Tahukah Anda Bahawa Bulan Oktober Adalah Bulan Bahasa Kebangsaan?




Ketika artikel ini diterbitkan saya sedang berada di luar negara. Sesegarnya menghirup udara dari Hemisfera Selatan. Tetapi dek kerana jatidiri dan cintakan Bahasa Kebangsaan maka artikel ini muncul juga.

Pernahkah kita bertanya mengapa para peniaga peniaga Arab, Afghan dan Bangladesh di Kota Suci Mekah dan Madinah yang fasih berbahasa Melayu? Begitu fasih melayan karenah rakyat Malaysia yang ke sana untuk menunaikan Ibadah sambil membeli belah? Secara sinis mungkin jawabannya ialah kerana bahasa Melayu adalah bahasa urusniaga dengan jemaah kita yang terkenal dengan Raja & Ratu membeli belah !!! Jadi... Bahasa Melayu adalah amat penting untuk mereka.

Sesungguhnya, Bahasa Melayu jika hendak di jadikan Bahasa Kebangsaan yang gagah, bermaruah, bermartabat lagi berdaulat maka ia perlu di anugerahkan dengan nilai komersialismenya yang jitu dan padu. Sesama kita perlu menjadikan Bahasa Melayu ini sebagai bahasa perniagaan, bahasa urusniaga, bahasa jual-beli, bahasa 'lingua franca' persis di zaman Kesultanan Melayu Melaka satu ketika dahulu.

Maka jika saya bertanya kemanakah hala tujunya nya Bulan Bahasa Kebangsaan? Maka jawaban yang mugkin di terima sekarang ialah Bulan Bahasa Kebangsaan adalah satu aktiviti yang KAKU LAGI BEKU. Mungkin juga kerana promosinya kurang. Betulkah begitu? Tetapi yang lebih sedih ialah kerana Bahasa ini sebenarnya tidak mendapat tempat yang sewajarnya di hati kita sebagai rakyat Malaysia meskipun kita melaungkan gagasan 1Malaysia dengan megah sekali. Bilakah kita akan dapat melihat, orang kita mencari sendiri karya sastera kita, meluru membaca khazanah tradisi kita dalam bahasa Melayu? Bilalah pula kita akan berjaya memertabatkan bahasa kita di mata 1Dunia? Masihkan kita tidak ada rasa malu; jika delegasi kita ke Kota Paris untuk menjual nama negara kepada pihak UNESCO dan bertutur dalam bahasa penjajah iaitu Bahsaha Inggeris (sedangkan orang Perancis sepatah harampun tidak hendak berbahasa Inggeris dan tetaplah "ko mon ta le vu" berbahasa Perancisnya !!!).

Sejauh manakah komitmen Tan Sri TPM dan politik negara memperjuangkan Bahasa Melayu? Tepuk Dada, Tanya Selera. Tepuk Dahi, Tanya Diri Sendiri.



Hiburkanlah Hati dengan Lagu Patriotik "Bahasa Jiwa Bangsa"

No comments: