Sinopsis :
Notti merupakan seorang gadis jin yang sangat baik, lembut dan jujur, yang berusia 117 tahun. Dia di kenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu. Sebagai hukuman, Notti di hantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang nakal. Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza.
Ruby – seorang gadis remaja punk dari keluarga berpecah belah yang nakal dan liar. Kemudian, Y’vonne – seorang perempuan berbangsa Tiong Hua dan teman wanita kepada sebuah kongsi gelap yang membuat aktiviti menjual VCD cetak rompak, memeras ugut dan meminta wang perlindungan dan akhir sekali; Sharifah – seorang peguam sofistikated yang sering membela penjenayah.
Setiap kenakalan yang dilakukan oleh Notti harus melepasi skala kenakalan yang dipakaikan dipergelangan tangannya. Notti ditemani oleh peguamnya Jinbara sepanjang dia menjalani hukuman di dunia manusia sebagai penasihat untuk terus melakukan kenakalan. Namun, sepanjang perjalanan hukumannya, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki yang dijumpai di tiga tempat yang berbeza iaitu Ajiz. Dapatkah Notti bersama cinta sejatinya iaitu Aziz dan mencari hala tuju hidupnya sendiri?
Nota Jase :
Sesuatu yang amat tidak adil untuk mengatakan filem ini buruk dan tidak perlu di tonton. Memang ia bukan material filem terbaik. Mawi dan Farra juga bukan calon untuk menggondol anugerah pelakon lelaki dan wanita terbaik. Tapi sebenarnya ia lebih baik daripada semua komen negatif yang saya baca di blog-blog yang menulis mengenai filem ini yang sempat saya singgah. Ingin saya katakan; filem ini WAJAR ditonton.
Apa yang dapat saya katakan setelah keluar panggung lebih kurang jam 10.55 malam tadi ialah. Ini merupakan pelaburan yang AMAT berbaloi. "It is a very entertaining movie, lots of laugh, lots of fun." Mesej yang di bawakan secara bersahaja, mudah dan senang difahami lantaran ditambah pula tiada langsung unsur-unsur seperti berkhutbah (preaching seperti banyak di dalam drama-drama melayu). Filem mudah sebegini tanpa unsur lawak slapstik memang sesuai ditonton di musim Aidil Fitri. (Yang penting tiada Mat Rempit !!!.)
Sesungguhnya saya memang tidak mungkin akan bias. Bukan kerana saya penyokong Mawi lantas saya dengan senang memuji filem ini. Jalan cerita yang mudah. Tidak meleret.Itu yang pasti. Ada juga beberapa sinematrografi yang cantik (meskipun tidak banyak shot). Lakonan yang boleh dibanggakan telah dipersembahkan oleh Mawi sebagai Inspektor Ajiz 'under cover' meskipun pertama kali muncul di layar perak. Babak Mawi tidak bayak sebenarnya (30 - 40 % mungkin?). Tetapi terdapat moment mantap lakonan Mawi yang meresap di jiwa. Antara yang saya ingat ialah ketika Inspektor Ajiz memandang Y'vonne setelah Y'vonne sedar dari lena yang panjang. Aksi marah Inspektor Ajiz juga boleh tahan menyinganya. Sebelum terlambat... Rumah Inspektor Aziz di pinggir sungai tu... memang cun giler. Macam teringin pula nak buat rumah tepi sungai.
Fafau... memang sukar untuk melakonkan banyak watak. Tapi yang penting Fara tidak keras dan kaku. Yang rasanya paling ketara kurang emosi cuma di babak akhir. Tapi saya akan suka lakonan Fara menjadi Notti dan Peguam Sharifah.
Filem ini jika dipandang dari satu sudut, ia adalah Filem Fara Fauzana dan Cat farish yang muncul dalam hampir semua babak. Lakonan Cat Farish masih boleh dibanggakan. Tetapi lakonan mantap sebenarnya muncul dari watak-watak seperti Jin Samsu (Bob Lokman), Sofia Jin (Adibah Noor) & Jinggam (Accapan).
Memang saya tak akan bagi 5 bintang. Tetapi 3.5 bintang memang hak Jin-Notti. Sebelum terlambat baik ramai-ramai kita tonton Jin-Notti. Bukan hanya kerana ia filem kita tetapi ia memang wajar di tonton.
No comments:
Post a Comment