PAPADOM sebuah filem terbaru dari Tayangan Unggul ini telah menjalani pengambaran di sekitar Pulau Pinang dan UiTM Shah Alam. Filem arahan Afdlin Shauki bukan sahaja dibintangi oleh beberapa pelakon popular tetapi telah berjaya menggondol 5 Anugerah di FFM ke 22. Anugerah-Anugerah yang dimenangi termasuklah Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pe;akon Wanita Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.
Judul : Papadom
Tagline : Rempah Asli, Resipi Tradisi, Senang Buat Susah Nak Telan!
Genre : Drama / Komedi
Pengarah : Afdlin Shauki
Penerbit : Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan : RM1.44 juta
Pelakon :
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)
Tarikh Tayangan : 8 Oktober 2009
Sinopsis :
Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.
Nota Jase : Saya ingin menonton filem ini kerana filem ini telah berjaya di nobatkan sebagai Filem Terbaik FFM ke 22 baru-baru ini. Saya juga ingin menilai sebagus mana filem ini sehingga berjaya mengalahkan Talentime yang saya kira amat bagus sekali itu. Selain daripada itu, hasil buah tangan Afdlin selalunya tidak mengecewakan. Filem ini pasti juga begitu rentaknya. Lantas... siapa lagi yang akan menyokong filem kita kalau bukan kita. Jom ramai-ramai menonton Papadom !!!

No comments:
Post a Comment