Setelah menuruni bot di Jeti Padang Niru. Mr Desmond meneruskan penerangan beliau. Maka bermulalah 'Riverwalk Trail' kami. Yang sungguh memenatkan lagi mencabar. Kesabaran pun juga tercabar lebih-lebih lagi apabila Mr Desmond makin rancak bercerita. Memnag banyak benda baru yang dipelajari daripada Mr Desmond ini. Jika nak dikirakan, jika berjalan bersendirian atau dengan teman memang boleh mengambil masa 'at our own paste' tetapi bukan semua maklumat tertulis di papan tanda maka disinilah perlunya Pemandu Pelancong Bertauliah untuk menerangkan kepada kita.
Katanya Gereja St Francis Xavier ini condong seperti menara Jam di Telok Intan. Lihatlah sendiri. Benar atau tidak. Percaya atau tidak. Saya cuma mengambil gambar, tidak lebih dari itu. Mungkin lebih bijak untuk datang melhat sendiri. Ada juga diterangkan berkenaan sejarah bangunan ini. namun saya kiranya memang masuk telinga kiri keluar telingan kanan, maaf ya Mr Desmond !!!
Dari mana asalnya nama Melaka? Pastinya semua tahu jawabannya dari pokok melaka. Tetapi bukan semua orang pernah melihat pokok melaka. Apatah lagi memakan buah melaka. Memanglah kalau kuih buah melaka kita pernah makan terutama di bulan puasa. Maka Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif untuk menanam pokok melaka ini di persisiran sungai Melaka sebagai salah satu tarikan pelancongan. Daun pokok ini akan menguncup sebelah malam dan mengembang kembali ketika matahari terbit. Hebatkan. Buah Melaka? Sekaran ini sudah ada jusnya. Boleh di beli di Gerai-Gerai di Medan Samudera yang berhadapan dengan Muzium Samudera. Rasalah...
Ini merupakan gambar berkumpulan pertama yang di ambil. Nasib baik sempat dan semua sporting untuk bergambar termasuk Mr Desmond sporting untuk mengambil gambar. Dan latar bangunan ini juga amat bermakna sebenarnya. Ini adalah Papan tanda Terbesar yang Memberitahu kita tentang penganugerahan Melaka & Georgetown sebagai salah satu Bandar Warisan Dunia di Persisir Selat Melaka. Ini juga di jadikan antara momen untuk kami berehat kerana perjalanan sebenarnya masih panjang.
Cerita persisir sungai sebenarnya memang menarik dan mempunyai sejarah yang panjang. Sesungguhnya penempatan terawal selalunya bernula di tepian sungai. Lihat sahaja tamadun-tamadun terdahulu. Kita memang tidak dapat lari dari hakikat ini.
Contoh sampel batu bata zaman Belanda yang masih di gunakan sekarang terutama untuk hiasan.
Batu Laterit juga yang di gunakan di zaman Belanda untuk membina kubu. Kebanyakan batu ini di ambil dari Pulau Upih. Namun batu ini telahpun habis di gali di sana. Lantas sumber sekarang tentunya dari Thailand !!!
Pemandangan di dataran Bangunan-Bangunan Merah di waktu malam. Banyak juga sejarah di sini. Terutama kenapa ia berwarna merah. Ada yang lucu. Tetapi nasib baik kami dibenarkan untuk melencong sebentar untuk mengadakan 'Jonker Walk' untuk menjamu mata selepas itu !!!
Antara Cenderamata yang nboleh di beli di Jonker Street. Saya cuma mengambil gambar itupun dek kerana teruja dengan sekumpulan pelajar dari kelab Fotografi di Institut Pengajian mereka yang sibuk mengambil gambar untuk projek mereka. Hahaha...
Jonker Street juga terkenal dengan Cendol "Famous Authentic Nyonya Cendol" selain daripada tat nenas nyonya melaka yang dijual di sepanjang jalan. Lebih menarik mereka akan bakar tat nenas tersebut di hadapan mata kita !!!
Saya perlu belajar kembali sejarah jika ingin menulis berkenaan Kota belanda ini. Namun ia tidak kurang menarik untuk di alwati di sini. Untuk lepak-lepak di waktu malam juga boleh !!!
Saya tutup entry ini dengan gambar saya di Kota Belanda ini. Kota Belanda ini letaknya di sebelah Dataran Quayside River Melaka. Siang dan malam pasti akan kelihatan orang lalu-lalang. Ini adalah destinasi terakhir sebelum kami melangkah masuk ke Flor De La Mar. "Aku Datang Flor De La Mar... sudah penat aku berjalan !!! Tunggu Aku ya..."
No comments:
Post a Comment