Sunday, October 25, 2009

AKON !!! It Happen Eventually...:)






From the bottom of my heart I want to thank Mujahid for making this happen to me, dengan izin Allah s.w.t. off course after last night attemp after the concert failed. Ya lah kita hanya mewrancang, tuhan yang menentukan. May be, suasana Hotel Nikko yang eksklusif lebih sesuai dengan saya jika dibandingkan selepas bermandikan peluh di belakang pentas untuk berjumpa dengan Akon. My No 1 Artiste at the moment !!!


Nothing to story much as the PC because it is very-very short and simple. Akon sampai lebih kurang jam 3.20 pm. Selepas kami menunggu agak lama dan lampu di Bently's Pub, Level 1, Hotel Nikko Kuala Lumpur tu asyik 'lip lap lip lap'. Saya cuma menjamah cheese cake (itu saya yang mampu di makan) dan minum teh. Saya duduk di kerusi hadapan bersama reporter lain yang gah. Malu jugak nii... Tapi dah alang-alang datang kan..


Saya kira cuma ada 4 soalan yang diajukan. Antara yang saya sempat catat ialah berkenaan 'crawling' di atas peminat yang telah dilakukan oleh Akon sejauh 60 meter. Ini adalah bukti nyata kepada semua Penghibur dari luar negara (dengar tuu Rihanna, Beyonce...:))) yang Negara Malaysia secara amnya adalah SELAMAT dan peminat di Malaysia bukan sahaja 'sporting' tetapi berhemah. Sehinggakan Akon tidak jatuh dan tidak juga mengalami sebarang kecederaan. Akon sungguh BERANI dan para peminat menyambut keberanian tersebut dengan kesungguhan. Syabas & Tabik untuk Akon!!!


Soalan lain ialah berkenaan kenapa Akon tidak menyanyikan lagu 'Lonely'. Lagu yang telah menjadikan seorang 'star' kepada 'megastar'. Jawaban Akon agak lucu, katanya ada lebih kurang 10 buah lagu yang tidak dapat dinyanyikan beliau kerana tidak cukup masa !!! Hmm... konsert sebenarnya habis agak awal, lebih kurang jam 10.45 malam. Tapi saya kira Akon mungkin keletihan yang amat sangat kerana konsert beliau adalah 'back-to-back'. Singapore-Kuala Lumpur di tambah pula semalam jadual penerbangan beliau tertunda dan cuma tiba di Sunway lebih kurang jam 7.45 malam !!! Ataupun memang syarat yang telah ditetapkan dan harus diikuti...


Adakah Akon masih kesunyian? Jawaban yang diberikan agak diplomasi. Ya lah... Kalau dah sibuk dengan siri jelajah dunia dan bertemu dengan peminat berbagai ragam, mana mungkin akan merasa kesunyian lagi.


Yang pasti Akon memang berpuas hati dengan sokongan penaja dan lebih-lebih lagi peminat yang membanjiri Sunway Lagoon semalam untuk menyaksikan konsert beliau. Diberitakan hampir 8000 tiket berjaya di jual. Tapi saya percaya jumlah yang datang memang ramai dari pelbagai bangsa. Penuh dengan lautan manusia semalam sebenarnya. Sebab itulah beliau berjanji akan datang lagi... !!! (Cerita pasal konsert 24/10? Nantilah... yang ni lagi BEST !!!)

No comments: