Monday, October 12, 2009

My Heritage Night @ The Museum - The Dinner


Mus, Cikgu Jah, Muz (Alang) & Shakeel. Cikgu Jah memang telah di rancang sejak mula untuk duduk di meja ini semasa makan malam. Dah namapun Guru Bahasa Inggeris memang sedang elok untuk duduk bersama merka yang tidak boleh berbahasa Melayu. Kita patut gunakan kelebihan masing-masing. Yang mana satu yang tidak boleh berbahasa melayu itu? Agak-agak? dari raut wajah macam sedap sahaja makanan di Hotel Naza ini. Terutama Asam Pedas. Kan?


Arnie, Ayob, Rezza & Awin nampaknya segar sekali. Ya... Lah sebentar lagi perjalanan kami akan mengambil masa lebih kurang 3 jam. jadi mereka perlu makan sehabis banyak, kan? Menu perjalanan pula... Mula-mula naik van (Van Anugerah Bintang-Bintang Popular lagi), kemudian menyusuri Sungai Melaka dengan bot dan akhir sekali berjalan kaki. Boleh tahan jugalah penatnya sebelum dapat sampai ke Muzium Samudera. Nasib baik beg yang di bawa masing-masing ringan, Kalau tak...? Lagilah mencabar.


Kami turun kiranya usai Solat Maghrib yang dijamakkan bersama Isyak. Ini adalah untuk memudahkan proses logistik terutama ketika berada di Muzium Flo De La Mar kelak. Di beritakan, tandas terletak di luar kapal sementara surau adalah di seberang jalan. Nyatanya semua OK akan jadual ini. Maka waktu makan kami yang berkongsi dengan para pelajar IKBN hampir 1 jam jugalah. Jadi boleh makan dengan aman sambil menikmati juadah dengan selesa.


Yati & Maidiah yang memulakan makan malam memandangkan mereka yang pertama sekali turun ke lobi. Alhamdulillah kerana ada bayak kumpulan yang menginap di Hotel Naza Talyya ini maka kami pun dapat merasai sama 'buffet' yang boleh di katakan mewah !!! Jika tidak mungkin hidangan makan malam kami cuma nasi ayam sahaja. Baik sungguh pihak pengurusan Hotel Naza Talyya ini. Saya kira semua puas hati dengan makan malam ini.

No comments: