Monday, October 2, 2006

Singgah Sebentar di Zoom In Bersama Hijjaz

Jase bergambar bersama Papan Tanda 'Zoom In Bersama Hijjaz' pada 30 September 2006 di hadapan Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Hijjaz.... meskipun saya sebenarnya bukanlah peminat mahupun penyokong kumpulan nasyid 'otai' ini, tetapi ada juga lagu mereka yang saya minati seperti Rasulullah, Hijrah Perjuangan, Sumayyah, Berkorban Demi Cinta, Zapin Kesyukuran, Cahaya Ilahi & Rindu. Tidak lupa juga lagu Belaian Ibu yang tidak didendangkan malam itu.

Azharina... manis bertudung, gambar ni di ambil di belakang pentas. Malam Zoom In Bersama Hijjaz ini Azharina telah menyanyikan lagu Kembara Di Tanah Gersang (Al Jawaher/Ziana Zain) dengan penuh perasaan. Beliau juga berduet dengan Hijjaz dalam lagu Doa (Zubir Ali (Harmoni)/Aishah). Bagi saya versi 'live' ini kurang menarik, saya lebih suka nyanyian Zubir Ali yang lebih bersahaja, mendayu dan menginsafkan.


Tak sangka rupa-rupanya Ina Kulai telah menjadi penyanyi. Jika ingin mendengar suara Ina, bolehlah dapatkan Album Lambaian Syawal terbitan Hijjaz Records Sdn Bhd. Dalam album ini, Ina menyampaikan lagu Tak Punya Siapa, beliau juga mendeklamasikan dua buah puisi dalam album ini.

Yang lebih botak dari Mawi itu ialah PR Hijjaz Records, Muaz. Sementara 'brother' yang senior itu pula Bro Man Toba. Untuk Muaz terima kasih kerana atas pemberian CD Lambaian Syawal, insyaAllah saya akan 'promo' kepada kawan-kawan untuk memilikinya. Selain Ina, album raya ini juga menampilkan Hijjaz, UNIC, Mestika, Ae-man & Suhaimi. Antara lagu yang menarik minat saya ialah ialah Selamat Hari Raya (Ae-man), Nasihat Ramadhan (Hijjaz) dan Joget Lebaran (gabungan semua artis). Bro Ma Toba pula, sekarang ini menguruskan Kumpulan Kristal (album rock 60an) dan yang terbaru... nantikan saja kemunculan album Leez Prelude AF4 !!!