Friday, October 13, 2006

Seroja - The Ramadhan Musical di Palace of Golden Horses

Seroja dimulakan dengan persembahan lagu seperti Zikir, dalam bahasa Arab yang saya pun tidak sempat melhat tajuknya. Penyanyinya ialah Alwi Al Hadad yang saya kira mungkin tidak dikenali di persada 'main stream' industri hiburan. Suaranya, memang lunak sekali. Meskipun lagu itu agak panjang... terasa sekejap sahaja.

Begitulah khusyuknya Papa Rock mendendangkan lagu-lagu beliau. Abang Ramli menyanyikan lagu seperti Iqra' dan Kau Yang Satu. (Lagu ketiga, tidak ingat pula saya). Suara Abang Ramli memang 'kellaaasss !!!'. Sebenarnya saya menantikan beliau menyanyikan lagu Bahasa Terindah (dari album Kalam Kesturi) yang saya baru sahaja terdengar/minati. (lagu tema Ziarah (Astro Ria sepanjang bulan Ramadan, 6.30 ptg). Bayangkan lagu yang begitu merdu dan bermakna ini yang dilahirkan dalam tahun 2002 tetapi cuma empat tahun kemudian baru saya bisa menikmatinya?


Adik Ikhwal (suara dan 'tone' suara beliau memang merdu). Kali keempat saya melihat persembahan beliau... dan setiap kali pasti ada peningkatan. Saya masih menunggu album Ikhwal masuk pasaran. Ikhwal di bantu oleh Alwi.

Mawi muncul tiga kali. Sememangnya antara sebab utama saya 'memejam mata dan 'swipe' kad kredit' ialah unuk menonton Mawi. Mawi menyampaikan lagu Al Jannah, Sesngguhnya & Seroja. Memandangkan semua lagu memerlukan penghayatan, cuma sesekali sahaja kita dapat melihat Mawi bermain 'mata' dengan penonton.

Ini yang buktikan saya memang betul-betul hadir... ahaks (di belakang - di pentas bukankah Mawi). Saya terpaksa ke hadapan sebentar kerana ingin mengambil gambar. Meja saya, walaupun hampir di tengah dewan, tetapi masih dibelakang... hampir dengan sisitem PA pada malam tersebut sebenarnya.

Semua artis yang membuat pesembahan diminta untuk menandatangani di papan tanda Seroja. kelihatan Mawi yang menggunakan 'marker' dakwat merah dengan tangan kirinya sedang menandatangan.

Sebelum itu inilaha barisan semua artis yang membuat persembahan di antaranya Alwi, Adik Ikhwal, Salleh Brothers, Salima AF4, Abang Ramli Sarip & Mawi.

Adik Ikhwal & Abang Jase... Dari jauh Ikhwal menegur saya, perasan jugak Ikhwal akan kelibat saya di dalam dewan yang agak suram itu... :)))

Jase & Salima AF4. Masih kelihatan parut dihidung Salima akibat kemalangan, insyaAlilah akan baik nanti...

Jase, Salleh Brothers & isteri. Kali pertama sebenarnya saya bergambar dengan kedua-dua mereka meskipun telah lama kenal. Salleh meyampaikan lagu Pergi Tak Kembali, boleh tahan serasinya. Saya masih ingat kemerduan suara Salleh mendendangkan lagu Selamat Berjuang dalam Album kedua Brothers !!!

Kali kedua berjumpa Alwi, beliau masih mengingati saya sebagai Kawan Shah Brothers... Kali pertama berjumpa Alwi di Tower Records KLCC, gaya beliau begitu santai & nusantara. Kali ini berlainan sekali. Apatah lagi dengan serban hijau dan pakaian ala-ala pemuda Pakistan. ditambah pula, di atas pentas beliau berkaki ayam !!! Bagi yang meminati alunan nasyid klasik, bolehlah mendapatakan album Alwi yang bertajuk Miskul Ruh - Kasturi Jiwa yang diterbitkan oleh Telaga Biru tahun lalu. Murah sahaja, harga pasaran tanpa diskaun ialah RM 19.90. Antara alunan menarik dalam album tersebut ialah Khairul Bariyah & Badruttamaam.


Memang tak sah jika tidak bergambar dengan Mawi tat kala berjumpa!!! Memandangkan kapasiti dewan persembahan yang tidaklah sebesar mana, jadi kali ini tidak perlulah sangat untuk saya berebut-rebut bergambar dengan Mawi. Lagipun, rasanya mereka yang membayar 'dengan agak mahal - RM 100 ++' untuk memonton Seroja ini lebih berhemah.... ahaks. Dalam ramai- ramai itu, terselit juga Keluarga Datuk Dr Fadzillah Kamsah yang juga meminati Mawi.Saya membuka songkok untuk melihatkan yang kami sama-sama botak !!!

Nota Jase :

* Saya telah berbuka puasa dan menyaksikan Seroja di POGH pada 9 Oktober 2006 bersama dengan sahabat saya Mus. Nasib baik Mus juga sudi mengeluarkan RM 100 +++ untuk Mawi.

* Sempat juga saya berjumpa Kak Bada (saya pernah meminta tolong beliau menguruskan pengeluaran semula pasport antarabangsa yang baru saya 3 tahun lalu akibat dirompak di Kedutaan Oman sebelumnya, sedangkan saya perlu ke 4 negara Asia Barat kurang dari seminggu ketika itu !!!) Seperti biasa.... ayat pertama yang keluar dari mulut beliau, awak minat mawi kan? Selalu nampak kat TV !!!

* Papa Rock, Abang Ramli telah sempat memberikan saya kata hikmat, kata beliau "Jangan Boros tapi Jangan Lokek".

* Saya tertinggal kamera digital saya di pejabat, Mus pula tidak memiliki kamera digital. Hampir semua rakan yang saya hubungi tidak dapat memberi pinjam. nasib Baik Cute menyelamatkan keadaan dengan meminjamkan saya kamera digital beliau. Tetapi saya harus berjimat kerana beliau tak sempat habis mengecaj !!!

1 comment:

Anonymous said...

allez ici Celine Dolabuy vérifier ces gars-là Dolabuy Valentino voir ceci site Web jetez un œil ici