Sentuhan Kasih - 13 Oktober 2006
Bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ini, syarikat di mana saya bekerja telah meganjurkan satu program yang dinamakan 'Sentuhan Kasih'. Bagi program ini, para kakitangan yang berminat boleh mengambil anak/adik angkat dengan menaja hadiah anak yatim terbabit dari 11 buah rumah anak yatim sekitar WP KL/Selangor. Saya juga turut serta buat kali kedua sebenarnya. Malangnya adik angkat yang saya taja hadiah daripada 'wish list'nya (Husni) tidak hadir. Lantaran itu, Ayad dari Rumah Ilham Pinggir TTDI telah menggantikan tempat beliau. Adik Ayad yang 'sporting' akan mengambil SPM tahun ini, Nampak gayanya lepas SPM nanti saya perlu keluar dengan Ayad untuk membelikan hadiah dari 'wish list' beliaulah pulak. Program pada hari tersebut termasuk lawatan ke PETROSAINS, aktiviti bersama Galeri PETRONAS (di mana Ayad telah membuat t-shirt untuk dirinya) dan diakhiri dengan majlis iftar di KLCC Convention Centre.
Bilik beraneka cermin dalam PETROSAINS, jika bergambar - tentu boleh lihat muka kita dari pelbagai sisi.
Hari Raya Aidil Fitri - 24 & 25 Oktober 2006
Inilah baju raya saya yang ala-ala selebriti... perasanlah pulak. Saya membelinya di Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum pulang bercuti ke kampung. Baju Melayu Merah kedua yang saya miliki. Baju Melayu Johor yang ketiga bagi saya. Bergambar bersama Pengasuh saya semasa saya kecil dahulu. Saya memanggil beliau Kak Yah. Kak Yah sebenarnya datang melawat ibu saya pada hari raya kedua. Melawat sayalah juga tuu.... Cuma setahun sekali dapat bertemu dengan Kak Yah.
Angah tengah menghias rumah baru beliau di Desa Aman... saya ambil peluang untuk berposinglah... Ni yang 'jeles' ni sebab selepas ni rumah saya dah tidak 'glamer' lagi.
Gunung Inas, Baling - 26 Oktober 2006
Bersama seorang sahabat yang tinggal di Baling, saya dalam perjalanan untuk ke sebuah kenduri Kahwin di Gerik, Perak. Dek cantiknya pemandangan, kami mengambil kesempatan untuk berhenti dan bergambar.
Cantikkan pemandangan di sini...
Pengkalan Hulu, Perak - 26 Oktober 2006
Masih dalam perjalanan ke rumah kenduri di Gerik... ahaks, kenduri siapa? Nanti bacalah dalam bahagian kedua... OK? Ke tak OK?
Bergambar di hadapan Rumah Warisan Penghulu Wan Teh, Pengkalan Hulu. Yang kini menjadi Kediaman Ahli Parlimen Gerik. Sempat lagi cuci mata di Sempadan Malaysia - Thailand. Pengkalan Hulu juga ada Kompleks Bebas Cukai meskipun tidak besar. Jika keadaan mengizinkan, sudah tentu kami langsung ke Betong, Thailand. Apa yang saya beli? Cuma mangga siam & ciku siam sahaja.
Perjumpaan Raya bersama "Course Mate' lama - 27 Oktober 2006.
Cuma 6 orang yang hadir termasuk Tuan Rumah, CD Oba... ahaks. Dari kiri Mat Den, Amiaq, Li Sudin, Tat, CD Oba dan saya. Masih ada yang tinggal/kampung di kawasan utara tetapi tidak hadir seperti Mat Sham, Ed, Mat Jid, Zet & Brahim. Hmm.... semuanya dah beranak pinak, kecuali saya...
2 comments:
Read Full Report i thought about this Get More Information browse around this web-site visit homepage click here to find out more
replica bags replica bags gucci Dolabuy Chloe replica prada nylon bags anchor replica bags aaa
Post a Comment