Saya, Mus, Cute & Zam seperti berjanji untuk sama-sama menjadi 'pelanggan' Mydin, berbuka puasa dan memeriahkan lagi pelancaran Air Mineral Mawi World pada 26 September 2006 yang lalu bertempat di Mydin Hyper Market di Mydin Mall, USJ. Kali pertama sebenarnya, saya menjejakkan kaki ke sini. Ramainya manusia memang tak terkira, tetapi Mydin memang pemurah kerana makan memang mencukupi di tambah lagi dengan hidangan buah tamar bermutu tinggi dan tidak lupa air zam zam yang memang juga kegemaran saya.
Di awal majlis, sempat saya berjumpa dengan Rabbani di gerai mereka yang ada menjual krim mengurut. Rabbani juga yang mencelah awal selepas mereka membuat persembahan, rasanya mereka ada persembahan di Hotel Singahsana (seperti setiap tahun). Sebelum berbuka, persembahan di teruskan dengan Hafiz (ex-UNIC, yang juga pernah digossipkan bercinta dnegan Waheeda - bagaimana kisahnya sekarang?) dan Suhaimi (ex-InTeam, yang pernah saya buat liputan akan album pertama beliau dalam 'posting' terdahulu). Hafiz juga telah melagukan Azam Maghrib pada malam tersebut (Ramai yang mengharapkan Mawi sebenarnya; namun Mawi muncul seteleh selesai Solat Maghrib di hotel bersebelahan). Solat Maghrib berjemaah pula diadakan di kemah sementara di hadapan bangunan Mydin Mall.
Selepas Solat Maghrib dan menjamah selera barulah Majlis secara rasmi bermula... Tuan punya Mydin menyampaikan ucapan (Datuk/En Amir jika tidak salah saya, yang juga meminati Mawi). Namun orang ramai yang datang seperti tidak sabar menunggu Mawi muncul !!! Suasana hampir tidak terkawal apabila Mawi muncul menyampaikan ucapan dan menyanyikan beberapa buah lagu (antaranya, Cinta Hakiki, LJLC). Mawi kekurangan suara sebenarnya, mengikut kata beliau, dia memiliki MC yang 'tidak laku', lantaran itu beliau masih terus menyanyi. Persembahan dan kontak Mawi dengan penonton memang superb !!! Rata-rata yang datang memang terhibur.
Pelancaran Air Mineral Mawi World juga tidak kurang hebatnya, Mawi menekan butang di sebelah kanan pentas, maka munculah botol air mineral gergasi di sebalah kiri pentas.
Suasana menjadi 'topsy turvy' apabila Mawi di bawa ke lobi/concourse Mydin Mall untuk menandatangani tanda harga Air Mineral Mawi World dan di bawa melawat sekitar Maydin Mall. Tidak dapat saya nyatakan secara terperinci, cuma mereka yang berada di sini sahaja yang mampu memahami.
Majlis di akhiri dengan Sidang Akhbar dengan Mawi di atas Pentas, ramai juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar.
Yang menjadi persoalan saya; jika dilihat pada 'banting' promo Air Mineral Mawi World; label air mineral tersebut adalah berbeza dengan label air mineral yang di pasarkan. Kenapa ya?
No comments:
Post a Comment