Sunday, June 13, 2010

Petua Bermusafir ke Negara Bukan Islam


Salah satu daripada Arca yang menarik perhatian saya di tengah-tengah kepesatan Bandar Taipei, Taiwan. Lokasi arca ini juga berdekatan dengan Taipei 101.

Ini adalah peringatan untuk diri sendiri dan rakan yang membaca blog saya. Maklumat-maklumat ini saya ekstrak daripada Majalah Libur (Edisi Jun 2010).

01. Makanan Halal - Ini adalah perkara wajib. Takkanlah kita hendak makan makanan segera sahaja yang dibawa dari tanah air sahaja. Untuk mengetahui lokasi makanan halal kita bolehlah layari
laman sesawang ini.

02. Arah Kiblat - Meski di mana kita berada, tunaikanlah Solat 5 waktu. Lagipun kitakan boleh ber'jamak' dan ber'qasar'. Jika terlupa membawa kompas arah kiblat; kita boleh
semak di sini.

03. Waktu Solat - Untuk kepastian akan waktu solat pula bolehlah merujuk kepada
laman sesawang ini.

04. Menetukan Keadaan Cuaca - Keadaan cuaca akan menentukan jenis pakaian yang perlu di bawa. Dapatkan infomasi berkenaan
keadaan cuaca sesuatu bandar di sini.

05. Jika ke Negara Uncle Sam dan ingin mengetahui lokasi Masjid.
Klik di sini.

06. Bekalan Makanan Segera Halal - Sebagai langkah berjaga-jaga bolehlah juga membawa bekalan makan segera (roti, rendang dalam paket, mee segera dsb) yang halal untuk beberapa hari pertama di tempat tersebut. Jagan lupa untuk membawa bekas dan peralatan mencuci juga.

07. Perbelanjaan - Duit negara yang di lawati, RM dan juga Kad Kredit !!!

08. Maklumat Kedutaan - Maklumat ini penting seandainya berlaku sebarang musibah. Ada syarikat Telco negara akan memaklumkan maklumat ini setibanya anda di negara yang dilawti tatkala anda menghidupkan perkhidmatan perantauan antarabangsa.

SELAMAT MELANCONG !!!

No comments: