Sunday, June 13, 2010

Keroncong Kasih Menyusur Zaman (Sisi Sesudah)



Terima Kasih kepada petugas DFP/MPO yang sudi untuk mencetak semula kedua-dua tiket kami yang telah basah terkena air. Kalau tidak malu juga untuk mendapatkan tanda tangan Dato' Yusni Hamid dan Bob Yusof Mesra. Kan... Kan... Kan...


Adilla Idris yang di katakan Ikon kepada Keroncong Generasi Baru. Tetapi bagi saya Adilla masih belum sampai ke tahap ikon meskipun saya tahu beliau amat porpular sekitar lewat 90an dengan versi keroncong lagu Bukan Aku Tak Cinta dan kemudian Janji Kekasih. Saya kurang meminati vokal Adilla yang bagi saya kedengaran agak mekanikal.


Kali ketiga sebenarnya saya bertemu dengan Dato' Yusni Hamid secara 'live'. Sebelum ini sekitar 5 tahun lalu ketika saya terlibat dengan salah satu pertandingan nyanyian di sayrikat saya bekerja, kami ada menjemput Dato' Yusni Hamid menjadi salah seorang juri (saya kira Dato' tentu sudah lupa). Dato' Yusni Hamid memang lagenda dalam lagu-lagu keroncong (setidak-tidaknya bagi saya). Namun begitu saya paling minat mendengar Dato' Yusni Hamid mendendangkan lagu Kasih (nyanyian asal hetty Koes Endang).



Mengikut ceritanya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (isteri Tun Dr Mahathir) amat meminati suara adik Jamilah ketika mendendangkan lagu-lagu keroncong. Memang jelas terbukti apabila pada malam saya menonton kedua Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah juga datang untuk menyaksikan persembahan ini. Adik Jamilah baru berusia 15 tahun tetapi suaranya teramat 'matured'.


Bob AF2 Mesra... atau kini dikenali sebagai Bob Yusof memang mempunyai suara yang amat lunak. meskipun tidak begitu dikenali sebagai penyanyi keroncong naum Bob telah melaksanakan tanggung jawab beliau dengan baik sekali pada persembahan tersebut. Untuk rekod, Bob yang mewakili Malaysia di Pertandingan WCOPA di Hollowood pada tahun 2009 telah memenangi 4 pingat emas dan 1 perak bagi kategori solo. Kejayaan ayang amat mebanggakan.

Nota (Tambahan) Jase :
Daripada 18 lagu dengan alunan vokal dan 2 lagu instrumental terdakat 5 persembahan yang amat-amat mengkagumi saya. Pertama persembahan MUNGKIN oleh Bob. Wow !!! menakjubkan sekali. Kedua, AMPANG PECAH oleh Dato' Yusni Hamid. Sungguh menterujakan !!! Ketiga, Pergi oleh Dato Yusni Hamid. Naum begitu terdapat sedikit kesalahan maklumat di dalam buku program yang mencatatkan lagu ini ciptaan Aizat. Sebenarnya lagu PERGI adalah Ciptaan Patric Teoh dan lirik oleh Amran Omar. Keempat pula dendangan Adilla BUKAN AKU TAK CINTA (mengenagkan kemabali zaman kegemilangan lagu ini dalam versi slow rock) dan akhir sekali PAHLAWANKU oleh Bob sekali lagi. Terdapat perubahan lirik kepada lagu yang dinyanyikan oleh Bob untuk disesuaikan dengan penyanyi lelaki. Tahniah.. !!!