Thursday, June 3, 2010

'Campur Tolak Kali Bahagi'


Bukan mudah untuk sebuah kumpulan baru dapat bertahan. Apatah lagi berjaya menghasilkan 3 buah album dalam sela masa lebih kurang tiga tahun. 6ixth Sense yang mula-mula menjengah kancah persada muzik tanah air dengan lagu 'cover version' J. Mizan 'Hari Ini dan Semalam' sebenarnya telah berjaya mencairkan hati para peminat seni tanah air dengan dendangan demi dendangn seperti Tak Bisa Memilikimu, Tanpa, Seteguh Karang, Cinta Yang Sempurna (menampilkan Neo Letto) dan yang terbaru Khatimah Cinta. Kumpulan ini sebagaimana yang kita ketahui telah dua kali berturut-turut berjaya menggondol Anugera Lagu Popular bagi rancangan Hits 1/ GAH 1 di TV2 dengan lagu Tanpa (2009) dan Khatimah Cinta (2010).

Usai memenangi anugerah di GAH 1 di TV2 Ahad lalu lantas pihak pengurusan 6itxh Sense (Universal Music Malaysia) mengambil kesempatan untuk melancarkan Album Terbaru mereka yang berjudul 'Campur Tolak Kali Bahagi' pada 1 Jun 2010 bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Sebuah tajuk album yang boleh dikira sebagai kreatif ini membawa maksud kepada SEBUAH KEHIDUPAN. Umpamanya, perlakuan baik perlu ditambah (+) dan diteruskan setiap masa, menolak (-) segala sifat jahat, menggandakan (X) usaha dalam mencari rezeki yang halal serta mengagihkan (/) rezeki tersebut juga buat yang lain.

Album 'Campur Tolak Kali Bahagi' telah memasuki pasaran pada 14 April 2010 yang lalu. Apa yang membanggakan ialah ia merupakan karya sepenuhnya 6ixth Sense. Ditampilkan dengan hanya 9 trek yang mana 2 daripada trek yang terdapat di dalam album ini telah serasi dengan halwa telinga pendengar muzik iaitu Khatimah Cinta dan Cinta Yang Sempurna. Jadi cuma tinggal 7 lagu sahja yang perlu di nilai. Soalan yang mungkin ditanya oleh kita semua ialah : Berbaloikah untuk memiliki CD Original album ini?

Ada dua lagu yang kali pertama saya mendengarnya terus menangkap di kotak fikiran. Trek 1 - Yang Sempurnakanku dan Trek 2 - Pemilik Hati. Namun malangnya kedua-dua trek ini terlalu pendek; sekitar 2 minit lebih sahaja. Kedua-dua lagu ini juga mempunyai melodi tarikan dan gabungan Wali Band & ST12. Terasa amat melayu dan jiwa kampung sekali.Dengar ceritanya sebahagian daripada album ini di rakamkan di Bandung. Mungkjinkah ini antara sebabnya.

Jika berminat dengan lagu yang ada unsur 'strings' maka dengarkan 'Menyesal' di Trek 8. Ia memang meruntun jiwa. Jika masih tidak puas hati untuk di hanyut gelora; dengarkan 'Cinta Mati di Trek 9 !!!

Apa yang pasti. Album ini memang berbaloi untuk dimiliki (Terima Kasih kepada Universal Music Malaysia yang menjemput saya ke Majlis Pelancaran album ini, maka saya pun dapatlah memiliki CD ini). Dalam pada itu, jika ingin memuat turun lagu-lagu dari album ini dalam bentuk MP3, True Tunes atau sebagai CRT, pastikan ia yang original ya !!!

1 comment:

Anonymous said...

dekat mana ye saya boleh cari album ni?? puas saya mencari di kedai cd tapi tak jumpa jumpa jugak..