Thursday, June 24, 2010

KAU PERGI JUA (VERSI NASYID)




VERSE:
WAJAHMU...
SEINDAH SERINYA PELANGI NAN INDAH
SEHARUM MAWAR PUTIH SEGAR BERKEMBANG
WAJAHMU...
MASIH TERBAYANG JERNIHNYA DI MATAKU
SEHINGGA TERKENANG DI DALAM MIMPIKU

SAHABATKU...
TAHUKAH KAU DI DALAM HATIKU INI
TERHIMPUNNYA SERIBU DOA NAN SUCI
SESUNGGUHNYA...
WALAU HILANG MU JAUH DARI MATAKU
TETAP KU ABADIKAN DALAM JIWAKU

CHORUS:
SEPINYA
HARAPAN YANG SELAMA INI KU BAWA
JATUH BERKECAI MUSNAH JUA AKHIRNYA
SEMUANYA BAGAIKAN SEBUAH MIMPI

KAU PERGI JUA
KETIKA PERJUANGANMU MEMBARA
BELUM PUASKU MEMANDANG WAJAHMU
KAU PERGI TAK KEMBALI

VERSE:
SAHABATKU...
TAHUKAH KAU DI DALAM HATIKU INI
TERHIMPUNNYA SERIBU DOA YANG SUCI
SESUNGGUHNYA...
WALAU HILANG MU JAUH DARI MATAKU
TETAP KU ABADIKAN DALAM JIWAKU


END/lyric modified by SLEN



Nota Jase : Lagu Kau Pergi Jua ini adalah nyanyian asal Adam Ahmad yang amat popular di tahun 80 an. Lagu ini pernah dirakam semula oleh Irwanshah (menjadi artis solo setelah keluar dari Kumpulan Nasyid Sons of Adam dan Brothers - entah kemana beliau menghilangkan diri kini) dan Dayang Nurfaizah dengan menggunakan lirik asal. Secara peribadi, saya merasakan lirik asal lagu ini tidak sesuai dinyanyikan oleh penyanyi wanita. Bagi versi naysid ini, liriknya telah digubah semula oleh Slen. Lagu dengan lirik baru ini sebenarnya ditujukan khas untu Allahyarham Ustaz Asri (penyanyi utama Kumpulan Rabbani) yang telah kembali ke rahmatullah tempoh hari. Kau Pergi jua Versi Nasyid ini kali pertama telah dipersembahkan secara eksklusif semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 di Arena All Stars awal April tahun ini oleh 4 vokalis utama kumpulan nasyid antaranya Hijjaz, Rabbani & Raihan.