Wednesday, June 2, 2010

My World Cup 2010 Collection


Anda semua sudah bersedia untuk Piala Dunia FIFA South Africa 2010? Sudah tentu. Saya juga begitu. Ini adalah Koleksi World Cup 2010 saya sehingga 2 Jun 2010. Hahaha... Ayatnya seperti akan bertambah lagi koleksi sedikit masa lagi... Huhuhu. T-Shirt World Cup FIFA South Africa 2010 berwarna biru ini boleh di dapati di Kedai Mesra PETRONAS di seluruh negara. Murah sahaja, iaitu RM33.90 sehelai. Sementara sandal Crocs 'Crocband Nation Argentina' ini adalah 'limited edition' yang dijual di seluruh Crocs Concept Store. Edisi terhad sempena Piala Dunia ini dijual dengan harga RM179.00 sepasang. Sepanjang Piala Dunia berlansung, setiap belian akan di hadiahkan rantai kunci dari model sandal Crocs yang sama. Sementara 'landyard' berwarna biru muda itu adalah edisi pasukan Argentina. Anda boleh mendapatkan lanyard ini daripada saya dengan harga RM7.00 satu atau tiga dengan harga istimewa RM20.00 !!! Apa lagi? Jom !!!

No comments: