Tuesday, April 20, 2010

Perkampungan 1Malaysia @ MKL


Semalam kami makan besar di Restoran Seri Angkasa, Menara Kuala Lumpur sempena menyambut kejayaan Nina menamatkan pengajian beliau dalam bidang perubatan. Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Menara Kuala Lumpur (kali terakhir saya menjamu selera di sini ialah bulan November 2009 yang lalu bersama peserta kursus dari Iraq), singgahan kali ini telah menemukan dengan sebuah produk pelacongan yang baru dan amat menarik iaitu Perkampungan 1Malaysia @ Menara Kuala Lumpur.

Perkampungan ala-ala Perkambungan Budaya Sarawak ini memuatkan produk senibina seperti binaan Rumah-Rumah Tradisional di Malaysia seperti Rumah Kedah, Rumah Selangor, Rumah Pahang dsb. Produk kraftangan seperti demonstrasi batik dan anyaman rotan. Produk sukan tradisional seperti demonstrasi gasing, congkak dan batu seremban. Produk seni seperti tarian tradisional, muzik gamelan dan silat. Perkampungan ini dibuka dari jam 5.00 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Tidak syak lagi ia merupakan tarikan terbaru ibu kota. Maka, malam ini sekali lagi saya dan Lisa ke Manara KL untuk meninjau Perkampungan 1Malaysia @ Menara Kuala Lumpur ini. (Tetapi malam ini kami tidak makan di Restoran Seri Angkasalah... sekadar di sebuah kiosk di Laman Menara KL sahaja).

InsyaAllah kali ini saya akan membawa peserta kursus dari Equatorial Guinea pula ke sini bulan hadapan !!!

No comments: