Monday, April 12, 2010

Ayuh Gadoh ??? Lepas tu, Masuk Kelab Teater !


Dalam sibuk-sibuk kita samada menyahut atau memperlekehkan Gagasan 1Malaysia yang yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib muncul sebuah filem yang secara terbuka membicarakan soal kehidupan kita sebagai Bangsa Malaysia yang tinggal dan diam di Persada yang tercinta ini. Ada banyak dialog-dialog yang amat provokasi (yang memang terlebih sensitif)yang mungkin menyebabkan filem ini tidak 'mahu' untuk di tayangkan di layar perak. Tetapi sesungguhnya dalam membicarakan soal yang benar ini, kadang-kadang kita harus bersikap terbuka dan merelakan. dalam keterpaksaan, penuh pengorbanan.

Gadoh dengan Tagline Aku Bangsa Malaysia ini diarahkan oleh Brenda Danker dan Namron. Ia bertitik tolak daripada sebuah pergaduhan yang berlaku diantara penuntut berbangsa Melayu dan Cina di sebuah kantin Sekolah Menengah yang diakibatkan oleh prasangka buruk yang telah lama dipupuk sejak dari kecil. Di dalam menyuarat para guru, Cikgu Ann telah mencadangkan kepada Pengetua untuk menubuhkan Kelab Teater yang membabitkan para pelajar yang terlibat dengan pergaduhan tersebut agar mereka dalam mengenal, mempelajari dan menghormati antara satu sama lain. Cikgu Ann dengan muslihatnya telah berjaya mendapatkan rakan lama beliau (En Azman Hashim, seorang penggiat teater) (yang juga merupakan bekas pelajar bermasalah di sekolah tersebut satu ketika dahulu) yang seuniversiti dengannya untuk membimbing Kelab Teater tersebut. Maka disitulah bermula segalanya sehinggakan sebuah teater yang sarat dengan pengajaran berjaya dipentaskan...


Antara momen-momen manis yang saya belajar dari filem ini termasuklah :

"Keterpaksaan memang membingungkan. Berkerja dalam keterpaksaan memang membingitkan".

"Cerita kat sekolah memang best. Mengimbau kenangan lama semasa muda".

"Pandangan yang amat stereotaip menegani teater dan penggiat teater".

"Kerja cikgu bukan sahaja untuk mengajar. Tetapi...".

"Ini merupakan kisah prasangka antara kaum di negara ini".

"Lagu tema... Suingguh-sungguh mengancam".

"luahkan apa yang terpendam. Tentu boleh meleraikan".

"Sungguh provokasi. Tetapi amat benar sekali".

"Lihat dalam cermin. Lihat mereka semua sebagai manusia, bukan prasangka".

"Ada budak perempuan cina yang menolong seorangg melayu buta melintas jalan. Sebelum itu kelihatan dua orang remaja lelaki melayu yang mempermainkan orang buta tersebut".

"Perangkap? Seni dipolitikkan?".

"Kadang-kadang kita hidup ini bukan untuk bersenang-lenang sahaja".

"Akibat penyesalan, sesi minta maaf antara para pelajar sebelum pementasan. Sungguh mengharukan".

"Persembahan Teater yang amat bermakna".

Informasi Filem:
Durasi: 70 minit
Pengarah: Brenda Danker & Namron
Penerbit: Anna Har
Syarikat Penerbitan: Big Pictures Productions
Disokong oleh : Pusat KOMAS
Dibintangi oleh : Namron, Nicholas Liew Davis, Zahiril Adzim, Amerul Affendi and Maya Tan Abdullah
Bahasa: Bahasa Malaysia dengan sarikata English/Bahasa Malaysia
Rekabentuk Poster : Alexdrina Chong, Lucid Design Collaborative Studio

Nota Jase : Tahniah untuk Namron & Zahiril Adzim atas lakonan yang amat memberangsangkan. Subjek filem ini amat mudah tetapi sungguh bermakna sekali. Skrip filem ini juga amat dekat masyarakat. Saya telah berjanji dengan Zahiril (ketika bertemu dengan beliau di ABPBH 2009 baru-baru ini) untuk menonton dan menulis berkenaan Gadoh ini. Untuk rekod, DVD Gadoh ini telah saya beli di PBAKL 2010 yang lalu.

No comments: