Jika ditanya apakah Irama Asia. Tentu saja gabungan alat muzik yang diketuk, ditiup dan dipetik. Dimainkan secara terus tanpa bantuan tenaga elektrik. Asiabeat adalah antara contoh terbaik yang boleh kita kutip dalam usaha untuk memperkenalkan jalur muzik asia di mata dunia. Mereka menggabungkan alat-alat muzik dari benua kecil India sehingga ke Timur Jauh. Melagukan dengan penuh harmoni demi menyatukan kita semua. Satu usaha kecil yang amat murni.
Pada 22 April 2010 yang lalu - untuk satu (1) malam sahaja, Lewis Pragasam telah mengumpulkan semula beberapa orang sahabat-sahabat beliau untuk satu persembahan eksklusif di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP). Saya dikira amat bertuah kerana berjaya mendapatkan tiket yang dijual pada harga RM40 (dapat diskaun 10% lagi) seorang dan mendapat tempat duduk yang strategik di dalam dewan yang sekurang-kurangnya 95% penuh dengan penonton !!!
Antara penyanyi & pemuzik yang turut serta termasuklah penyanyi tersohor Malaysia; Zainalabidin (katanya akan turut membuat konsert solo tahun ini), Natasha Patamapongs dari Thailand (yang pernah bekerja dengan Lewis untuk album beliau) dan seorang 'rapper muda' yang amat berbakat dan baru sahaja memenangi Pertandingan Mencipta Lagu yang dianjurkan oleh World Instant Noodles Association (WINA) baru-baru ini iaitu Caprice (ya, umur beliau baru 22 tahun !!!). Selain daripada itu turut terlibat ialah Tengku Ryo seorang pemain violin dari Indonesia dan John Kaizan Neptune (dari Amerika Syarikat) dengan gendang dan flute buluh beliau.
Sebuah persembahan yang mantap meskipun melewati 2 jam durasinya, sungguh menghiburkan, pendek kata memang berbaloi-baloi.
1 comment:
golden goose
bape
off white
goyard tote bag
goyard outlet
Post a Comment