Lagi satu tarikan di Melaka ialah "Melaka River Cruise".Menelusuri Sungai Melaka di dalam bot selama lebih kurang 45 minit di samping menikmati panorama indah yang Melaka tawarkan. Apa yang dapat saya katakan ialah ia amat mengesankan. A Memorable Experience. Pengalaman belayar adalah seperti di dalam sebuah taman tema yang amat besar. Ini merupakan kali kedua saya menaiki bot ini. Kali pertama di waktu pagi. Pengalaman kedua di sebelah malam. (macam pernah ku dengar 'statement ini).
Terdapat dua buah dermaga. Satu di Muara Sungai Melaka/Dataran Sungai Melaka dan satu lagi di Taman Rempah (Jalan Tun Mutahir). Kita akan di bawa merentasi Jambatan Jalan Hang Tuah, Jambatan Tan Kim Seng, Kampung Jawa, Jalan Laksamana, Jambatan Kampung Jawa, Flor De La Mar, Kincir Air Melaka, Taman Lanun, Jambatan Cathay, Kampung Morten dan lain-lain lagi. Sama ada malam atau siang dua-dua memberi pengalaman yang indah. Lagipun murah sahaja tambangnya, RM10 seorang. Waktu operasinya pula ialah dari 9 pagi hingga 12 tengah malam.
Pelayaran menakjubkan ini sejauh 9 km menyusuri Sungai Melaka di mana Malaysia bermula selama 45 minit. Kita juga akan dapat melihat pokok Melaka yang menjadi asal kepada nama Melaka. Bagi yang meminati seni bina tentu saja bangunan lama tinggalan Belanda, Portugis, British dan juga rumah-rumah tradisi Melayu juga banyak di sekitar menjadi pilihan. Untuk perjalanan kali ini, Terima Kasih En Suhaimi (boss Lisa) kerana belanja kami. Itu yang menambahkan lagi keindahannya... Naik FREE !!!
No comments:
Post a Comment