Sunday, July 26, 2009

Hilang Sudah 'The Storyteller'


Bacaan Al-Fatihah saya hadiahkan buat Kak Min @ Yasmin Ahmad yangg telah kembali ke rahmatullah lewat malam tadi (kira-kira jam 11.30 malam - 25 Julai 2009). Salam Takziah penuh kesedihan buat kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan mereka yang mengenali dan rapat dengan arwah semasa hidup beliau. Semoga roh Kak Min ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman, insyaAllah.

Kak Min sangat di kenali di dalam dua perkara. Pertama, beliau adalah pencetus kepada iklan-iklan PETRONAS bagi musim-musim perayaan dan juga Hari Kebangsaan. Garapan iklan-iklan beliau meruntun perasaan, membuka minda, membuat kita terleka dan mengajak kita bukan sahaja berbincang tetapi merenung diri dan menginsafi. kedua, Kak Min begitu hebat mewarnai industri perfileman negara dengan filemnya yang mudah, murah, tema yang bersahaja tetapi sarat dengan pemikiran yang meskipun adanya 'kacau' tetapi mengajak kita berhenti sejenak dan berfikir akan jauh dan dekatnya bahasa filem beliau.

Ada dua juga kenangan saya dengan Kak Min. Pertama ketika menghadiri Pranonton Filem Gubra di Restoran Top Hat satu ketika dahulu. Kak Min melayan kami dengan ramah dan siap berposing dengan bermacam-macam gaya ketika kami meminta untuk bergambar dengan arwah. Kedua, ketika saya terserempak dengan Kak Min di KLCC bulan Oktober tahun lalu dimana arwah mengajak saya menonton pre-screening Telentime di pejabat beliau setelah saya dengan 'celuparnya' bertanyakan tentang filem tersebut. Kak Min yang sebenarnya tidak mengenali saya terus bertanya 'nak tengok?". Saya pun menjawab 'ya'. Maka keesokan harinya sayapun ke pejabat beliau menonton filem tersebut dengan peuh linangan air mata kerana terlalu menyentuh perasaan... Itulah kali terakhir saya bertemu dengan Kak Min.

Hilang sudah sebutir permata Yasmin Ahmad yang digelar "The Storyteller".

2 comments:

Baby said...

itu lah....
rasa kehilangan... kn BJ

JaseMario said...

Baby : Memang... Memang... Tersangat.