Monday, July 6, 2009

Sandarkan Kenangan di Paruh Kenyalang...

Barisan Alumni yang hadir beserta Pengurus Kolej Kedua & AJK Program.

Barisan "Freshie" Kolej Kedua yang baru seminggu mendaftarkan diri.
Teringat zaman remaja dahulu...:)


Fred, saya, Jaszs, Zack, Yeop & Din Bola. Bilik cenderawasih ini merupakan lokasi kami bermesyuarat, berdebat dan merancang aktiviti Kolej. Macam baru semalam meninggalkan zaman GoshKod, Abang Chik, Kicauan, 2ndCOB & Jentayu !!!



Amat tidak disangka-sangka, ada juga souvenir yang di berikan oleh Pihak Pengurusan Kolej Kedua. Bukan lamapun aktiviti kami, lebih kurang 1 jam sahaja.

Nota Jase : Jumaat lalu, 3 Julai 2009 saya telah dikejutkan dengan SMS oleh Yeop sewaktu hampir dengan waktu Solat Jumaat yang mengajak saya untuk menyertai satu program Alumni yang akan di adakan di Kolej Kedua di sebelah malamnya yang telah lama saya tinggalkan. Meskipun sebenarnya saya bermastautin di kawasan yang agak hampir dengan daerah yang mendewasakan saya ini. Jawaban balas kepada Yeop berbunyi : "Saya akan telefon Yeop selepas Solat Jumaat". Memang benar... memang ada program bersama 'freshie' Kolej Kedua bersama Alumni malam tersebut dan seperti biasa, jarak dan waktu untuk menghubungi menjadi faktor utama kenapa saya juga dapat tahu agak lewat. tetapi itu bukan alasan untuk menolak permintaan/undangan ini.


Saya sampai agak lewat juga, lebih kurang jam 8.45 malam. program telahpun bermula. ketika itu Leman (Presiden MTM ketika saya menjadi Pengerusi Sekretariat Penerbitan) sedang berucap. Sungguh, ini mungkin merupakan kali pertama saya bertemu kembali dengan beliau setelah menamatkan pengajian dahulu. Petahnya bercakap mengalahkan ahli politik. Masa dan kedewasaan memang betul-betul menguji manusia. Sebelum itu saya sempat bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan dengan rakan-rakan MTM yang sudah lama tidak bertemu. SMS pun jarang juga kiranya. Antara yang datang termasuklah Jaszs dan Kak Umi isterinya (yang masih ingat lagi akan Alang - Wan Murzafar), Munir Muhayang & Asiah, Yeap & Zana, Leman (sudah tentu), Fred, Paed, Khairil (saya rasa saya tak sempat mengenali beliau di Kolej), Plane, Zack, Najib, Nazri & Din Bola.


Usai ucapan Leman yang bersemangat dan memperkenalkan kami kepada para 'Freshie', kami di pecahkan kepada 8 Kumpulan. Saya bersama Munir. Kami di arahkan untuk sama-sama berkongsi tentang keindahan hidup sebagai Warga Kolej Kedua dan mempergunakan setiap ruang dan ketika yang ada untuk meraih segala bentuk pengalaman buat bekalan masa hadapan. Perbincangan Kumpulan saya nampak seperti kurang sambutan kerana freshie seperti keletihan dan takut-takut tetapi akhirnya menjadi begitu hangat dan memberi impak. Sehinggakan setelah tamat sesi masih ada lagi 4 orang pelajar yang terus berhujah dengan saya. Alhamdulillah. Kenangan di Kolej Kedua & Blog Helang memang bannyak. Mana mungkin saya ceritakan semuanya. Yang utamanya... Laman ini mendewasakan saya. Laman ini membuka ruang kepada saya untuk mengasah kreativiti. Laman ini juga melatih daya kepimpinan saya. Laman ini mewajarkan saya menjadi saya seperti hari ini. Laman ini, memang sarat dengan pengalaman.


Apabila Lagu Kolej dinyanyikan... serasa seperti air mata bergenang di tasik kelopak mata. Masakan tidak... Liriknya amat dekat dengan saya. Masih ingat lagi bersengkang mata, memerah otak bersama-sama dengan Leman, Najib, Adi dan tentunya En Mahfoor mencipta lirik ini ini ketika berasa di Semester Akhir, BSES. Muziknya tentunya dari En Mahfoor kan...
Jika ada yang masih bertanya tentang kisah-kisah terdahulu... Tentunya ia masih segar dalam lipatan sejarah, Tetapi jawaban saya agak ringkas "telah aku sandarkan di paruh kenyalang..."

No comments: