Awal bulan Julai yang lalu saya telah mengikuti 'Famili Day' Jabatan Lisa bekerja ke Melaka. Banyak tempat dan aktiviti menarik yang telah kami tempuhi bersama. Izinkan saya berkongsi tentang sebuah muzium ini yang sempat kami lawati pada 5 Julai 2009 yang lalu. Muzium Warisan Baba Nonya ini hasil daripada gabungan tiga blok rumah kedai ini letaknya di Jalan Tun Tan Cheng Lok yang amat hampir sekali dengan Jonker Street (Jalan Hang Jebat) - pusat barang antik. Sebut pasal Baba dan Nyonya ini tentu semua kita sedar akan lahirnya kaum ini adalah hasil daripada perkahwinan campur antara bangsa cina (bapa) dan bangsa melayu (ibu) dan mereka bercakap Dialek Melayu Baba yang banyak dipengaruhi oleh Dialek Hokkien. Hmm... maka saya pun terfikir akan ketika perkahwinan tersebut berlaku zaman itu adakah sebelah ibu bertukar agama? Adakah mereka ini berasal daripada 'amah' yang bekerja dengan taukeh cina? Memandangkan keturunan tersebut kini tidak beragama Islam. Sejarah pun tidak menyentuh soal ini dengan mendalam. Yang kita tahu, dari sudut makanan, bahasa dan pakaian mereka memang agak dipengaruhi oleh budaya melayu.
Di muzium ini kita boleh melihat pinggan mangkuk baba nyonya, evolusi perubahan pakaian, persandingan, perkakas dapur, bilik beradu dan banyak lagi. Satu pengalaman yang amat indah untuk mengenal ciri-ciri budaya unik yang ada di Malaysia. Yang saya terpegun ialah lubang di atas lantai tingkat atas yang digunakan oleh bakal pengantin perempuan untuk mengintip bakal suami. Lubang itu juga digunakan oleh gadis tersebut untuk mencurah air andainya hati tidak berkenan dengan lelaki yang masuk 'meminang' itu.
Tiket masuknya cuma RM8.00 untuk seorang dewasa. Jika menggunakan lawatan berpandu adalah lebih baik kerana banyak maklumat baru yang bakal diperolehi. Apa lagi? Malaka.... cuma 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment