Sunday, July 5, 2009

The "Crocsiest" Continue







Baru-baru ini ada seorang rakan lama yang bertanya kenapa saya masih belum berjinak-jinak dengan Golf. Hmm.... sukar untuk saya jelaskan tetapi saya kira saya mempunya dua alasan yang dapat saya fikirkan ketika ini. Pertama, saya mempunyai hobi-hobi lain ketika ini yang juga memerlukan belanja yang banyak... jadi untuk menambah satu lagi hobi agak sukar untuk dipertimbangkan. Untuk meninggalkan salah satu hobi tersebut juga bukan mudah untuk dilakukan. Namanyapun hobikan. Mestilah lahir dari hati. Jawaban yang kedua, saya kira agak lucu & berliku. Saya sebenarnya lebih meminati 'buaya' lain. Dan buaya ini bukan di dalam zoo ya. Aahh...

Jumaat lagu juga ketika saya berbual di telefon dengan Qhaud (AF7) sambil bertanya-tanyakan perkembangan terbaru dan aktiviti beliau tiba-tiba terpacul dari mulut Qhaud tentang yang beliau baru pulang dari Mines Shopping Fair dan memborong berpasang-pasang Crocs untuk ibu dan adik beradik beliau. Katanya nak belikan mereka hadiah. Alhamdulillah... rezeki dah mula datang, keluarga haris diutamakan. Maklumat terpenting dari Qhaud ketika itu adalah Crocs baru membuka butik baharunya di Mines Shopping Fair. Yang lebih penting ialah 'outlet' ini sebenarnya adalah 'Seasonal Markdown Outlet' yang menjual 'off season' crocs. Jadi harganya semuanya 50% off. Terima Kasih Qhaud !!! Usai berbual dengan Qhaud sayapun menelefon Lisa untuk mengajaknya 'menyerbu' outlet ini.

Rambang mata juga melihat. Sebelum ini banyak juga maklumat yang saya dapat berkenaan jualan murah Crocs ini tetapi ada juga yang sangsi akan keoriginalitinya. Tetapi outlet ini telah melenyapkan kesangsian itu. Hampir 1 jam juga kami berlegar-legar di sini untuk mencari apa yang sesuai dan menarik. Akhirnya saya membeli 3 pasang Crocs Beach - Lavender, Mango dan Sea Foam (yang ini untuk GMan) serta jitbitz untuk Iwan. Sementara Lisa membeli 4 pasang, Prima (Peacock) & Mary Jane (Selery) untuk diri sendiri dan 2 lagi Mary Jane (Lavender & Mango) untuk Meda & Nina. Untuk ke sini 'landmark' yang utama ialah lokasinya di aras yang sama dengan TGV & Dunkin Donuts.

'Kegilaan' ini memang mengasyikkan...! Kami menutup 'retail theraphy' kami malam itu dengan menjamu selera di A&W. Root Beder Float di sini masih lagi enaaaaaaaaaaak.

1 comment:

Anonymous said...

Salam abg Jeff..

Saya pun da jatuh cinta kat Crocs jugak..
last 2 days, saya beli crocs utk saya dan Halim.. tak tau la murah ker tak, Crocs Alice, Mary Jane, Prima, Cayman, semuanyer 15 pounds each..
Tak pernah survey la harga kat M'sia..
Tapi apa2 pun, memang selesa la pakai Crocs, worth to buy..:)

Faizah