Sunday, August 19, 2007

(4) Semarakkan Kemerdekaan Malaysia ke 50 - Beli CD Lagu-Lagu Patriotik dan Putarkanlah..!!!


Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ini saya pun sudah mula memutarkan lagu-lagu patriotik samada di kereta ketika memandu ataupun di 'laptop' sambil bekerja. CD 'Keranamu Malaysia' ini saya beli tahun lalu. Selaras dengan Tema Hari Kemerdekaan ke 49; Keranamu Malaysia. Jika ada yang ingin membeli CD tersebut tahun ini, EMI ada mengeluarkan kembali CD ini dalam bentuk 'Repackage' ini dengan nama baru iaitu 'Malaysiaku Gemilang'; sesuailah dengan Tema Hari Kemerdekaan ke 50 - Malaysiaku Gemilang. Tahun lepas harganya RM24.90, yang bagusnya tahun ini dah turun harga - RM19.90 sahaja. Hebat Tawarannya...
Antara lagu-lagu patriotik menarik dan malar segar dalam kompilasi ini termasuklah 31 Ogos (Sudirman); Warisan (Sudirman); Saya Anak Malaysia (dR Sam); Standing in Eyes of the World (Ella); Taman Rohani (Hillary feat Saleem & Arab) dan Radio Malaysia (Sudirman).
Setahun sekali layan lagu Merdeka.... apa salahnya !!!